Harian Metro

Optima GT generasi keempat

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@hmetro.com.my

Enjin turbo petrol Theta II 2.0 T-GDI beri pecutan 0 sehingga 100km/j

cuma 7.4 saat

Kia Malaysia, pengedar rasmi tempatan jenama Kia memperkena­lkan model terbarunya Kia Optima GT diperbahar­ui pada harga atas jalan RM179,888 seunit.

Model keempat diperkenal­kan Naza Kia itu dikuasakan enjin pengecas turbo petrol Theta II 2.0

T-GDI yang mampu memberi kuasa pecutan antara pegun sehingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 7.4 saat.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulanny­a Datuk

Samson Anand George berkata, Kia Optima GT adalah Optima generasi keempat (JF) menggantik­an model terdahulu (TF).

“Harga ditawarkan di pasaran termasuk jaminan lima tahun tanpa had jarak perbatuan. Tambahan, pembeli boleh memilih daripada tiga pilihan warna ditawarkan antaranya Gravity Blue, Aurora Black dan Snow White Pearl.

“Kia Optima GT turut dilengkapi lampu utama projektor, lampu belakang dan lampu nyalaan siang LED, diffuser, sistem ekzos Dual Muffler dan rim aloi 18 inci yang dipasang bersama tayar Michelin Pilot Sport

3,” katanya ketika majlis pelancaran, baru-baru ini.

Samson berkata, rekaan baru itu menawarkan reka bentuk lebih agresif, sporty dengan gril hadapan Dot Array Mesh Satin Chrome, bumper hadapan dan belakang baru.

Katanya, tempat duduk pemandu didatangka­n dengan ciri pintar iaitu fungsi memori yang mampu mengingati posisi tempat duduk pemandu (IMS) dan boleh dilaraskan dengan pilihan 12 posisi berbeza. Sementara itu, tempat duduk pemandu hadapan boleh dilaras 10 posisi.

“Dari aspek keselamata­n, Kia Optima GT dilengkapi 6 beg udara iaitu dua untuk penumpang hadapan, dua di bahagian sisi yang juga menjadi beg udara tirai. Ia juga didatangka­n dengan sistem keselamata­n seperti sistem brek anti kunci (ABS), kawalan kestabilan elektronik (ESC), isyarat henti kecemasan (ESS).

“Kia Optima GT menerima pengiktira­fan lima bintang EuroNCAP dalam ujian kemalangan, lima bintang dalam Asian NCAP dan merekodkan gred pertama dalam ujian kemalangan Korean NCAP,” katanya.

Antara ciri tambahan lain ditawarkan Kia Optima GT versi diperbahar­ui itu ialah bumbung panorama elektronik, sistem pengecas telefon tanpa wayar, fungsi lampu hadapan dan bilah pengelap cermin automatik.

 ??  ?? SAMSON (kanan) bersama Kia Optima GT
berharga RM179,888 seunit.
SAMSON (kanan) bersama Kia Optima GT berharga RM179,888 seunit.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia