Harian Metro

Tonton Vroom di TV9

-

Paparan dunia permotoran tempatan dan antarabang­sa setiap Ahad jam 12 tengah hari dan 8 malam

enam kelajuan, jentera dua roda itu dilengkapi brek cakera hadapan dan belakang dengan posisi tunggangan sporty mampu memecut sehingga 172 kilometer sejam dengan berat penunggang sekitar 80 hingga 90 kilogram.

Penerbit Eksekutif TV9 Wan Sabariah Shikh Ali berkata, kerjasama itu bagi mewujudkan rangkaian pembaca dan penonton yang lebih luas melalui platform media cetak dan televisyen bawah Kumpulan Media Prima Berhad.

“Selain memaparkan sesi tunggang uji motosikal terbaru, kami juga mahu berkongsi maklumat terkini mengenai dunia dua roda yang kini semakin berkembang menerusi pengenalan beberapa model baru dalam pasaran Malaysia,” katanya.

Untuk kolum permotoran yang mula diperkenal­kan sebagai sisipan dalam Metro

Ahad sejak 2001, Vroom yang diterbitka­n dalam lapan muka surat penuh dengan paparan berita, pandu uji dan soal jawab teknikal berkaitan dunia automotif tempatan.

Sementara itu, Pengarang Vroom Badrila Jamlus berkata, pihak editorial bertuah kerana dapat mengadakan kerjasama dengan TV9 yang dilihat mempunyai jumlah penonton yang tinggi, malah ia adalah satu sinergi dalam meluaskan sasaran pembaca Harian Metro dan Metro Ahad.

Katanya, pengiklan juga kini mempunyai kelebihan kerana dapat meluaskan capaian pengguna sasaran menerusi kerjasama antara media cetak dan media elektronik, selain disokong rangkaian media sosial atau digital masing-masing.

“Wartawan kami juga sering ke luar negara membuat liputan, pelancaran atau pandu uji untuk dipaparkan secara eksklusif kepada pembaca Harian Metro dan Metro Ahad dan kini untuk TV9 juga,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia