Harian Metro

Kia Sorento tampil

-

ini sama ada dipandu di lebuh raya mahupun di jalan raya sekitar bandar.

Ruang dalaman

Sorento menawarkan ruang kabin yang luas dan selesa. Kemasan material lembut meningkatk­an lagi kemewahan jentera ini.

Model ini juga memiliki ruangan kaki yang selesa untuk pemandu serta penumpang, malah ruangan tengah bahagian belakang dilengkapi corong pendingin hawa juga memberikan keselesaan untuk kehadiran tiga penumpang dewasa.

Apa yang menarik kerusi saduran kulit pemandu boleh dilaras secara elektronik mengikut keselesaan manakala penumpang belakang baris kedua duduk lebih selesa dengan menggunaka­n tirai tingkap untuk mengelakka­n sinaran cahaya matahari.

Stereng tiga jejarinya pula dipadankan suis kawalan audio dan paparan panel meter bagi memberikan pelbagai informasi mengenai kenderaan seperti purata penggunaan minyak, jarak perbatuan sebelum tangki kosong dan trip meter memudahkan pemandu memberikan tumpuan sepenuhnya di jalan raya.

Selain itu, tidak lengkap jika model ini tidak dipadankan dengan butang penghidup enjin dan kamera pandang belakang, malah suis kawalan pendingin hawa dua zon dan paparan logo KIA menyerlahk­an lagi ciri moden serta gaya sporty.

Sistem hiburannya pula memiliki enam pembesar suara bersama sambungan USB/AUX menyajikan bunyi yang menyeronok­kan.

Bagi mereka yang mahu kelainan dalam pemanduan, boleh memilih tiga mod automatik berbeza iaitu Eco, Normal dan Sport tetapi jika mahu lebih ‘pikap’ gaya kereta Formula Satu (F1) terus bertukar kepada pedal

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia