Harian Metro

Isuzu D-Max memang jimat

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Model 2.5 hanya guna 10.62 liter bahan api untuk perjalanan 208km

Terkenal dengan penggunaan bahan api efisien, satu aktiviti menguji tahap penjimatan bahan api trak pikap Isuzu D-Max untuk pemilik kenderaan itu diadakan di Sarawak barubaru ini.

Anjuran Isuzu

Malaysia Sdn Bhd (IMSB) Cabaran Dura-Miles 2017 membabitka­n lebih 29 buah D-Max yang bermula di Taman Rekreasi Batu Kawah (MJC) menuju ke Sematan Palm Beach Resort dan kembali ke MJC dengan jarak laluan lebih 200 kilometer.

Perjalanan lebih empat jam itu menampilka­n cabaran berbeza untuk pemandu yang menamatkan cabaran dengan penggunaan bahan api paling minimum dipilih sebagai pemenang.

Pengarah Eksekutif IMSB, Hajime Machimura berkata, program memfokus kepada nilai utama jenama Isuzu iaitu ketahanan, keupayaan dan kecekapan penggunaan bahan api dengan peserta perlu bijak menggunaka­n kelebihan trak mereka seperti dalam cabaran yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Trak D-Max melalui inovasi dan evolusi dari setahun ke setahun menjadikan ia pilihan kepada pengguna yang mementingk­an prestasi, keselesaan, tahan lasak dan paling penting penjimatan penggunaan bahan apinya,” katanya ketika acara pelepasan.

Untuk rekod Cabaran Dura-Miles 2015 membabitka­n tiga negara dalam tempoh empat hari perjalanan dengan satu isian penuh tangki diesel model ini berjaya mencatatka­n jarak lebih 1,800 km dari Thailand melalui Malaysia dan ke Singapura.

Beliau berkata, program di Sarawak memberikan pengalaman sebenar pemilik dan peserta dengan cabaran yang menarik tetapi pada masa sama membuktika­n pembelian trak Isuzu mereka adalah berbaloi.

Dua kategori dipertandi­ngkan iaitu enjin D-Max 2.5 liter dan 3.0 liter dan untuk kategori 2.5 liter dimenangi oleh Jerry Anak Wan Jok mencatatka­n jarak sejauh 208 km dengan hanya menggunaka­n 10.62 liter bahan api.

Bagi kategori 3.0 liter Ng Quek Peng dipilih sebagai pemenang dengan penggunaan sekitar 12.33 liter diesel bagi purata jarak yang sama.

 ??  ?? CABARAN Dura-Miles 2017 di Sarawak.
CABARAN Dura-Miles 2017 di Sarawak.
 ??  ?? PESERTA bergambar di Sematan Palm Beach Resort.
PESERTA bergambar di Sematan Palm Beach Resort.
 ??  ?? LEBIH 29 buah Isuzu D-Max menyertai
cabaran.
LEBIH 29 buah Isuzu D-Max menyertai cabaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia