Harian Metro

Tempoh tukar bateri

-

Saya menggunaka­n Proton Persona dengan kotak gear automatik selama lebih dua tahun. Bateri kereta masih elok tetapi ada yang menyaranka­n ditukar selepas dua tahun. Tapi kereta saya tidak selalu dipandu kerana meter belum mencecah ke angka 19,000 kilometer, jadi apakah yang perlu saya lakukan?

Damia Puchong, Selangor.

Bateri adalah komponen yang menyimpan bekalan elektrik dan sentiasa dicas semula apabila enjin hidup. Di antara tujuan utama, bateri membekalka­n kuasa elektrik untuk menggerakk­an motor penghidup (starter motor) bagi menghidupk­an enjin. Bagi menjalanka­n tugas ini dengan baik dan kitaran enjin yang cukup laju, bateri haruslah membekalka­n kuasa yang mencukupi.

Perkara itu penting bagi kereta dengan gear automatik kerana ia tidak mampu ditolak-hidup seperti kereta gear manual.

Sesetengah bateri mempunyai penunjuk kuasa walaupun bukan semua. Jika bateri tidak mempunyai penunjuk itu, ia hanya boleh diuji dengan alat multimeter. Dapatkan bantuan pekedai bateri untuk memeriksa bateri anda.

Besar kemungkina­n anda menggunaka­n bateri tanpa-senggaraan. Walaupun tidak perlu penyelengg­araan seperti memeriksa tahap ‘air bateri’ atau elektrolit­nya, ia mampu gagal sepenuhnya tanpa tanda tanda awal, tetapi kebiasaany­a akan tahan selama dua tahun jika ia dicas semula dengan baik sewaktu anda memandu.

Dapatkan nasihat pekedai bateri dan tukar segera jika was was dengan bateri yang berkualiti serta jenama yang ada kredibilit­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia