Harian Metro

Kekuatan keluarga jadi inspirasi

-

Menurut Arif, membangunk­an syarikat pelanconga­n bukan rumit sangat andai mengukur ujian dan cabaran dihadapi bersama keluarga hingga menjadikan mereka terumbang-ambing.

“Pada asasnya, kami sama juga seperti keluarga lain menjalani kehidupan stabil dan selesa. Namun, ujian Yang Maha Esa hadir tidak dijangka hinggakan kehidupan kami sekeluarga terumbang-ambing lalu terpaksa mengetepik­an segala keselesaan bagi meneruskan kelangsung­an hidup.

“Terbukti, keluarga kami cekal dan sepakat mengharung­i suka duka bersama hingga kehidupan kembali stabil. Ketika itu ibu melanjutka­n pengajian PhD di England pada 2003, kami sekeluarga berpindah ke sana. Bapa yang juga jurutera elektronik bertauliah, sanggup berhenti kerja supaya keluarga kami tidak terpisah.

“Mulanya bapa bekerja di sana dan bersama wang biasiswa ibu, memadai bagi menyara hidup kami. Namun, ketika ibu berbaki beberapa bulan menamatkan pengajian, tempoh pemberian biasiswany­a tamat.

“Saya pula baru memasuki tahun pertama di universiti dan bapa yang memutuskan untuk pulang ke Malaysia bersama ibu, tidak memegang jawatan tetap kerana enggan terikat kerja. Tanpa sebarang pendapatan tetap ketika itu, situasi sangat kritikal.

“Namun kami sekeluarga tidak patah semangat.

Kami berpegang teguh dan yakin pada hasrat kami lalu melakukan apa saja yang boleh bagi mengharung­inya. Sambil menyiapkan tesisnya, ibu juga membuat kerja ‘janitor’, saya yang baru masuk universiti menolong bapa menjaja ikan dan beras bagi menjelaska­n yuran belajar.

“Kami beli borong dan menjualnya semula kepada penuntut kita di sana. Faris yang masih bersekolah ketika itu ambil upah hantar akhbar ke rumah-rumah. Kami buang rasa segan, buat segala apa yang patut dengan penuh tanggungja­wab. Setiap ‘pound’ yang kami dapat sangat berharga, hidup berjimat cermat dan sangat berkira,” katanya.

Tamat pengajian pada 2013, Atiq pulang ke tanah air dan bekerja di sebuah syarikat automotif. Hasratnya untuk bekerja dalam sektor rekabentuk tetapi diletakkan dalam jabatan pengiklana­n dan promosi. Selang setahun, Atiq meletak jawatan dan menyertai sebuah agensi pelancong separuh masa bagi menajamkan mindanya.

“Ketika di universiti saya pernah membantu beberapa agensi membawa pelancong Malaysia ke United Kingdom. Waktu itu, cuma saya dan Faris masih di Sheffield kerana ibu bapa dan adik sudah balik ke Malaysia. Maka kami dua beradik terpaksala­h berdikari, ikhtiar cari duit sara diri.

“Di samping angkat beg dan pelbagai kerja, saya tolong uruskan pemakanan dan penginapan. Semua ini memberi saya peluang belajar mengendali­kan kumpulan pelancong Melayu, mengenal pasti keperluan dan memahami kehendak mereka,” katanya.

Lepas dua tahun, Atiq berasa yakin bergerak sendiri sekali gus berupaya melakukan pembaharua­n terhadap pakej pelanconga­n berlandask­an Islam. Pada Julai 2016, dia menubuhkan Moodexpert Travel & Tours dan sejak itu, bersama bapanya dan Faris, bergilirgi­lir membawa kumpulan pelancong Muslim ke Eropah.

“Ringkasnya kami mengetuai kumpulan musafir ke negara asing. Apabila memilih tempat untuk dilawati, kami pastikan ia juga bermakna pada perspektif sejarah Islam. Dalam perjalanan kami selitkan doa, hadis dan tazkirah, baca surah beramai-ramai di samping acara merapatkan ukhuwah sesama pelancong.

“Mereka akan dipelawa memperkena­lkan diri masing-masing, jika tidak pun menyanyi atau berbalas-balas pantun. Kesudahann­ya, apabila pulang ke tanah air, mereka semua pulang bagaikan sekeluarga,” katanya

Setiap kali mengetuai pakej pelanconga­n, Atiq ke luar negara sekurangku­rangnya 10 hari. Malah, jelasnya, dia pernah meninggalk­an isteri dan dua anaknya yang masih kecil berterusan hingga tiga minggu.

“Memang sayang selalu tinggalkan mereka. Kalau saya tidak ke luar negara pun, tidak bermakna saya cuti duduk berehat di rumah. Banyak kerja perlu diuruskan di pejabat. Syarikat kami kecil, selain saya, bapa dan Faris, ada lima lagi kakitangan. Kamilah pengarah, kamilah kuli, kerja angkat beg pun mesti buat juga.

“Isteri saya guru sekolah tetapi tiba waktu cuti sekolah terpaksa duduk di rumah kerana waktu itulah jadual pelancong paling padat. Memetik kata-kata seorang yang hebat, impian yang besar memerlukan pengorbana­n besar. Tatkala saya gigih dan cekal, ketika itu juga saya memerlukan isteri saya tabah dan bersabar,” katanya.

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Muhammad Arif Atiq Ahmad Suzaili UMUR: 27 tahun ISTERI: Nur Hidayu Ahmad (26 tahun) ANAK: Aisya Nurhusna (3), Sara Nurhuda (7 bulan)
KELULUSAN: Sarjana Muda Rekabentuk Produk, Universiti Sheffield Hallam (England) KETIKA membawa...
PROFIL NAMA: Muhammad Arif Atiq Ahmad Suzaili UMUR: 27 tahun ISTERI: Nur Hidayu Ahmad (26 tahun) ANAK: Aisya Nurhusna (3), Sara Nurhuda (7 bulan) KELULUSAN: Sarjana Muda Rekabentuk Produk, Universiti Sheffield Hallam (England) KETIKA membawa...
 ??  ?? ARIF bersama anggota polis Jerman.
ARIF bersama anggota polis Jerman.
 ??  ?? SOLAT di tempat lapang adalah pengalaman baru bagi sesetengah pelancong Malaysia.
SOLAT di tempat lapang adalah pengalaman baru bagi sesetengah pelancong Malaysia.
 ??  ?? ATIQ dan Faris (kanan) membawa barangan ahli rombongan ketika beli-belah di La Vallee, Paris.
ATIQ dan Faris (kanan) membawa barangan ahli rombongan ketika beli-belah di La Vallee, Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia