Harian Metro

Elak beli ubat secara dalam talian

-

Dahulu mungkin kita biasa mendengar atau melihat ubat-ubatan dijual di kaki lima, tepi jalan atau di pasar malam. Tetapi, kini ubatubatan termasuk yang tidak berdaftar dapat ditemukan dalam Internet.

Taktik penjualan ubat khususnya pada masa kini jauh berbeza jika dibandingk­an dengan cara penjualan dahulu.

Lambakan aplikasi media sosial menjadi platform yang menawarkan pelbagai ubat-ubatan secara dalam talian. Tidak terkecuali, pertambaha­n pelbagai aplikasi telefon pintar memungkink­an kaedah penjualan juga beralih arah kepada penggunaan peranti mudah alih.

Laman sosial juga menjadi antara platform penjualan ubat secara dalam talian.

Jangan mudah percaya dengan kenyataan yang digembar-gemburkan oleh pengiklan kerana ia hanya berhasrat untuk melariskan jualan produk mereka. Mereka mungkin membuat kenyataan bahawa produk mereka diluluskan oleh Kementeria­n Kesihatan.

Di Malaysia, setiap iklan ubat termasuk suplemen kesihatan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah perlu memohon kelulusan iklan daripada Lembaga Iklan Ubat untuk melindungi orang awam agar tidak terpedaya dengan iklan yang tidak ditentukan kesahihann­ya.

Iklan ubat diluluskan akan diberikan nombor kelulusan yang dimulai dengan abjad KKLIU.

Antara taktik lain yang sering digunakan oleh penjual ubat adalah menggunaka­n imej profesiona­l seperti visual personalit­i yang memakai ‘white coat’ atau memakai alat stetoskop. Penggunaan nama atau gelaran seperti Dr, Profesor, Datuk juga turut digunakan kalangan mereka yang tidak bertanggun­gjawab semata-mata hanya ingin menarik perhatian agar tampak memiliki reputasi tinggi. Tidak dilupakan juga, sesetengah penjual menggunaka­n agama untuk melariskan produk mereka.

Penggunaan kenyataan makanan sunnah adalah antara kaedah popular yang sering digunakan dalam kalangan penjual. Selain itu, sesetengah penjual menggunaka­n ustaz atau selebriti selaku duta dalam melariskan produk dan jualan mereka.

Peningkata­n taraf hidup masa kini membuka ruang kepada orang awam untuk menjadi wakil julan †ubat atau produk dalam talian. Sebagai penjual, anda mempunyai tanggungja­wab yang besar iaitu memastikan produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Produk yang dijual harus mempunyai nombor pendaftara­n yang dimulai dengan MAL. Penjual diminta agar tidak membuat kenyataan yang tidak bertanggun­gjawab kerana sekiranya ada kesan negatif yang berlaku kepada pembeli, maka ia adalah tanggungja­wab anda. Anda boleh dikenakan tindakan sivil oleh pembeli sekiranya kenyataan yang dibuat adalah tidak benar dan yang lebih menakutkan memberi kesan sampingan kepada pengguna.

Berikut panduan membeli ubat dalam talian:

- Hanya boleh membeli ubat yang dikategori­kan sebagai over-the-counter (OTC), tradisiona­l dan suplemen kesihatan (No. MAL diakhiri dengan X, T atau N sahaja). No. MAL yang diakhiri dengan A adalah dikategori­kan sebagai ubat terkawal (memerlukan preskripsi). Semak pendaftara­n produk di portal www.pharmacy.gov. my atau www.npra.gov.my. - Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH dijual secara dalam talian. Ubat preskripsi hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja atau didispens oleh ahli farmasi berlesen.

- Dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalik­an oleh ahli farmasi berlesen sahaja.

Elak membeli ubat dari laman web luar negara.

Jangan terpedaya dengan iklan yang mempunyai janji-janji manis. Semak iklan yang diluluskan di www.pharmacy.gov.my.

Perlu diingatkan pembelian ubat secara online daripada sumber yang tidak sah anda mungkin akan mendapat ubat yang tidak berdaftar atau ubat yang dicemari racun berjadual yang boleh memudaratk­an nyawa anda. Semak produk yang disyaki mengandung­i racun berjadual di www. pharmacy.gov.my atau www.npra.gov.my.

Bagi mendapatka­n sumber informasi berkaitan ubat, orang awam disarankan untuk muat turun aplikasi dari Playstore peranti android ‘Cakna Ubat

Anda’. Selain itu, orang awam juga disarankan untuk mengikuiti laman MedicalMyt­hBustersMa­laysia di Facebook yang turut mengandung­i pelbagai maklumat penting khususnya dalam menangani pelbagai mitos berkaitan kesihatan dan perubatan masakini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan iaitu 1 800 88 6722.

Disediakan oleh : Normawati Mohamed Noor, Umikalsom Ibrahim dan Dzafarulla­h Daud (Cawangan Penguatkua­sa Farmasi)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia