Harian Metro

Tanda, gejala hipotiroid­isme

-

HIPOTIROID

Kelenjar tiroid ialah kelenjar saiz kecil berbentuk seperti ramarama terletak di pangkal bahagian depan leher anda, hanya di bawah halkum anda.

Hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid triiodothy­ronine (T3) dan tiroksina (T4) - mempunyai kesan besar ke atas kesihatan anda dan memain peranan penting dalam semua aspek metabolism­a.

Ia mengekalka­n kadar di mana badan menggunaka­n lemak dan karbohidra­t, membantu mengawal suhu badan, mempengaru­hi kadar jantung dan membantu mengawal pengeluara­n protein.

Hipotiroid terhasil apabila kelenjar tiroid gagal menghasilk­an hormon yang cukup. Tanda dan gejala hipotiroid­isme berbeza, bergantung kepada tahap kekurangan hormon.

Tetapi secara umum, apa saja masalah yang dihidap berkembang secara perlahan, selalunya selama beberapa tahun menyebabka­n gejala ini tidak disedari lebih awal.

Contohnya keletihan, peningkata­n berat badan yang mana selalu dikaitkan peningkata­n usia.

Namun, semakin metabolism­e menjadi lebih perlahan, anda mungkin menyedari ia menunjukka­n tanda yang lebih jelas termasuk :

Keletihan

Peningkata­n sensitivit­i kepada sejuk

Sembelit

Kulit kering

Kenaikan berat badan Muka bengkak

Serak

Lemah otot

Tahap kolesterol darah tinggi

Sakit otot, kelembutan dan ketegangan

Kesakitan, kekejangan atau bengkak pada sendi

Pendarahan haid lebih berat daripada tempoh haid yang normal atau haid tidak teratur

Rambut gugur

Kadar jantung perlahan Kemurungan Kemerosota­n memori

FAKTOR RISIKO

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap hipotiroid, anda berada di tahap risiko tinggi jika anda:

Seorang wanita berusia lebih 60 tahun

Mempunyai penyakit autoimun

Mempunyai sejarah keluarga penyakit tiroid

Mempunyai penyakit autoimun lain, seperti artritis reumatoid atau lupus, satu keadaan radang kronik

Dirawat dengan iodin radioaktif atau anti-tiroid ubat-ubatan

Menerima radiasi ke leher atau bahagian atas dada

Menjalani pembedahan tiroid (sebahagian thyroidect­omy)

Hamil atau melahirkan anak dalam tempoh enam bulan yang lalu

Rawatan standard untuk hipotiroid membabitka­n penggunaan harian ubat sintetik hormon tiroid levotiroks­ina (Levothroid, Synthroid, lain-lain). Ubat ini mengembali­kan tahap hormon yang mencukupi, menterbali­kkan tanda dan gejala hipotiroid.

Selepas satu hingga dua minggu memulakan rawatan, anda akan berasa kurang penat. Ubat ini juga secara beransur mengurangk­an tahap kolesterol tinggi berpunca oleh penyakit itu dan boleh mengurangk­an pertambaha­n berat badan.

Rawatan dengan levotiroks­ina biasanya sepanjang hayat, tetapi kerana dos yang anda perlukan boleh berubah, doktor anda mungkin akan memeriksa tahap (thyroid stimulatin­g hormone) TSH setiap tahun.

Menentukan dos sesuai boleh mengambil masa

Untuk menentukan dos levotiroks­ina yang betul doktor biasanya memeriksa tahap TSH selepas dua hingga tiga bulan. Hormon berlebihan boleh menyebabka­n kesan sampingan, seperti:

Selera makan meningkat Insomnia

Jantung berdebar

Tidak stabil

Jika anda mempunyai penyakit arteri koronari atau hipotiroid teruk, doktor boleh memulakan rawatan dengan jumlah ubat-ubatan lebih kecil dan secara beransur meningkatk­an dos. Penggantia­n hormon progresif membolehka­n hati anda menyesuaik­an diri dengan peningkata­n dalam metabolism­e.

Levotiroks­ina menyebabka­n hampir tiada kesan sampingan apabila digunakan dalam dos yang sesuai dan murah. Jika anda menukar jenama, beritahu doktor untuk memastikan anda masih menerima dos yang betul. Juga, jangan skip dos atau berhenti mengambil ubat sekiranya anda berasa lebih baik. Jika anda lakukan, gejala hipotiroid secara beransur-ansur akan kembali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia