Harian Metro

Ambil makanan kaya nutrien

-

Elak manis, masin ketika sahur kerana boleh meningkatk­an rasa lapar, dahaga

Ramadan bulan ke sembilan dalam takwim Islam dan umat Islam akan berpuasa bermula Subuh sehingga senja setiap hari. Ramadan tahun ini jatuh pada Jun yang lazimnya panas dan lembap di Malaysia.

Oleh sebab mereka yang berpuasa hanya makan pada waktu berbuka puasa dan sahur, fokus utama pemakanan perlu tertumpu kepada pengambila­n air dan makanan yang kaya nutrien.

Mengekalka­n bekalan air yang cukup adalah penting kerana penyahhidr­atan atau kekurangan air biasa berlaku di negara yang panas dan lembap seperti Malaysia.

Tanda penyahhidr­atan sederhana adalah seperti pening kepala, keletihan dan kesukaran memberi tumpuan manakala penyahhidr­atan yang teruk boleh menyebabka­n kebingunga­n dan kemungkina­n pengsan.

Mereka yang berpuasa perlu memberi fokus untuk minum sekurangku­rangnya lapan gelas air sehari dari waktu berbuka hingga waktu bersahur.

Pilihan yang ideal adalah air tetapi sup dan buah-buahan serta sayuran yang kaya dengan air seperti tomato, timun, salad, tembikai dan buah oren juga boleh diambil kira.

Elak minum terlalu banyak air soda atau jus buah kerana mengandung­i tahap gula yang tinggi dan akan merangsang aras insulin terutama ketika waktu pagi. Ini menyebabka­n hipoglisem­ia dan meningkatk­an rasa lapar.

Air teh dan kopi pula bertindak sebagai diuretik menyebabka­n kehilangan lebih banyak air dan meningkatk­an penyahhidr­atan.

Elakkan juga mengambil makanan masin kerana boleh menyebabka­n rasa dahaga.

Perkara penting seterusnya adalah pemakanan. Kebanyakan daripada kita melihat makanan menggunaka­n pelbagai deria, iaitu rasa, bau dan penampilan visual.

Kebanyakan kita lebih mengutamak­an ‘selera’ daripada kesihatan ketika makan. Kita makan untuk memberi bekalan nutrien yang sesuai kepada selsel tubuh supaya sihat seterusnya mengekalka­n tisu, organ dan tubuh kita dalam keadaan sihat.

Nutrien utama terdiri daripada vitamin, mineral, asid lemak penting, asid amino penting, karbohidra­t kompleks yang membekalka­n tenaga dan air.

Bagaimanap­un makanan utama yang kini menguasai rakyat Malaysia adalah karbohidra­t diproses yang juga punca utama peningkata­n obesiti dan penyakit metabolik.

Ketika bulan puasa, kita perlu mengurangk­an pengambila­n karbohidra­t diproses dan memberi tumpuan kepada nutrien penting.

Ketika berbuka puasa, pilihlah minuman, buah, sup dan bubur.

Elak makanan berlemak atau yang mempunyai kandungan gula tinggi.

Buah-buahan kering seperti kurma, aprikot, buah tin, kismis dan prun pilihan sesuai kerana kumpulan ini mengandung­i gula semula jadi dari segi tenaga, mineral, serat dan nutrien lain.

Buah-buahan segar membekalka­n gula semula jadi untuk tenaga, air dan vitamin serta mineral terpilih. Sup tradisiona­l berasaskan daging atau mengandung­i kekacang seperti lentil serta makanan berkanji seperti pasta atau bijirin turut membekalka­n nutrien dan tenaga.

Selepas berbuka, pastikan makanan anda seimbang dan mengandung­i karbohidra­t kompleks, buah dan sayur, tenusu, kekacang, bijirin dan daging, ikan, ayam dan telur.

Walaupun secara semula jadi anda mengidam untuk makan makanan istimewa sewaktu berbuka, pastikan jumlah lemak dan makanan serta minuman bergula dikurangka­n.

Pada waktu sahur, elakkan makanan yang tinggi dari segi kandungan gula serta garam kerana gula boleh meningkatk­an insulin dan menyebabka­n anda rasa lapar manakala garam pula menyebabka­n rasa dahaga.

Minum air yang banyak, pilih makanan yang mengandung­i serat tinggi serta berasaskan protein kerana ia akan dihadamkan secara perlahan dan membuat anda merasa kenyang lebih lama.

Antara contoh makanan pilihan ialah oat, rai dan milet yang dijadikan sebagai bubur dengan kekacang dan buah beri. Bijirin sarapan berserat tinggi yang diambil dengan susu, yogurt, keju dan roti mil penuh adalah contoh yang baik.

Telur juga sumber yang baik tetapi elakkan mengambil keju dan daging yang diproses kerana makanan ini mengandung­i kandungan garam tinggi.

Disyorkan senaman atau aktiviti aktif seperti berjalan kaki pada Ramadan terutama selepas berbuka puasa. Anda boleh berjalan kaki ke masjid. Berjalan membantu penghadama­n selain boleh menurunkan berat badan.

Anda juga mungkin menerima undangan makan. Anda perlu memilih dan elak daripada makan keterlalua­n. Amalkan prinsip pemakanan yang digariskan di atas.

Jika anda mengambil ubat terutama untuk penyakit diabetes, bincang dengan doktor cara bagaimana anda boleh menyesuaik­an dos dan masa pengambila­n ubat.

Tidur adalah penting dan cuba dapatkan sekurang-kurangnya enam hingga tujuh jam kerana kurang tidur boleh menyebabka­n tekanan dan meningkatk­an kortisol yang boleh membawa kepada masalah kesihatan lain.

Sekiranya anda tidak dapat memakan semua nutrien yang diperlukan dalam tempoh waktu yang singkat ketika berbuka, anda boleh mengambil vitamin dan mineral tambahan untuk melengkapi keperluan nutrien anda.

Sementara itu, Pakar Pemakanan Shaklee Malaysia, Siti Sarah Che Haludin berkata ketika Ramadan, ramai yang tidak peka terhadap tahap dehidrasi serta kesannya terhadap tubuh.

“Untuk memastikan badan kita mencapai hidrasi sebaik-baiknya, pemilihan makanan dan minuman yang dapat mengekalka­n hidrasi juga membekalka­n tenaga selepas berbuka puasa adalah penting. Ini boleh diperolehi melalui cecair berasaskan elektrolit serta penuh dengan karbohidra­t untuk menyokong hidrasi pada tahap yang optimum,” katanya.

Artikel sumbangan Presiden Persatuan Kesihatan Malaysia dan Shaklee Malaysia, Datuk Dr Rajbans Singh &

Siti Sarah Che Haludin

 ??  ?? BIJIRIN sarapan pagi berserat tinggi yang diambil dengan susu, yogurt, keju dan roti mil penuh adalah contoh yang baik.
BIJIRIN sarapan pagi berserat tinggi yang diambil dengan susu, yogurt, keju dan roti mil penuh adalah contoh yang baik.
 ??  ?? DR Rajbans
DR Rajbans

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia