Harian Metro

Saranan vaksin dewasa

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Golongan 50 tahun ke atas disaran ambil vaksin elak sebar penyakit secara tidak sengaja

Tidak ramai tahu penyakit cegahan vaksin masih memberi ancaman besar kepada orang dewasa. Antara akibat buruk ialah komplikasi penyakit serius, rawatan di hospital yang berpanjang­an, bil perubatan yang tinggi dan berisiko mengalami kecacatan kekal atau kematian.

Namun, kesan paling buruk adalah mengetahui seseorang itu menyebarka­n penyakit secara tidak sengaja kepada keluarga dan orang tersayang seperti bayi dan kanak-kanak di rumah, ibu bapa lanjut usia atau seseorang yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Jelas sekali, masyarakat perlu didedahkan mengenai vaksinasi sebagai langkah perlindung­an dan mereka perlu diberi panduan ringkas mengenai jenis vaksin diperlukan.

Saranan vaksinasi dewasa perlu dibuat berdasarka­n bukti dan biasanya ditentukan berdasarka­n parameter kesihatan, umur, gaya hidup dan pekerjaan (HALO).

Sehubungan itu, Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC) melancarka­n laman sesawang, Vaxin Check For Adults, program pertama seumpamany­a di Malaysia menghasilk­an saranan vaksinasi berdasarka­n HALO bagi profil khusus seperti ibu bapa dan penjaga kanak-kanak, warga emas, penghidap penyakit kronik dan pengembara termasuk eksekutif perniagaan, pelancong, pelajar dan jemaah haji atau umrah.

Menerusi program ini dengan kerjasama Immunise4L­ife, orang awam tidak perlu menjadi pakar untuk tahu jenis vaksin diperlukan, sebaliknya hanya perlu tahu peringkat atau keadaan hidup yang dijalani pada waktu ini.

Presiden MSIDC,

Profesor Dr Zamberi Sekawi berkata, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu mendapatka­n vaksin untuk mencegah mereka daripada menyebarka­n penyakit kepada bayi dan kanakkanak yang masih terlalu kecil atau yang tidak boleh diberikan vaksin.

“Malah, kami menyaranka­n ibu bapa mempertimb­angkan vaksinasi sebelum mereka cuba untuk hamil. Ini untuk membantu mencegah kecacatan ketika lahir disebabkan penyakit cegahan vaksin.

“Vaksin untuk ibu bapa dan penjaga kanak-kanak seperti influenza, MMR (demam campak, beguk dan rubela), varisela (cacar air), Tdap (tetanus, difteria dan pertusis) dan polio,” katanya pada majlis pelancaran laman sesawang itu yang dirasmikan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Ravindran R Naidu, baru-baru ini.

Dr Zamberi berkata, vaksinasi memberi perlindung­an daripada penyakit yang menyerang sistem imun yang lemah seperti warga emas dan individu berusia lebih 50 tahun dinasihatk­an mendapatka­n vaksin influenza, pertusis (batuk kokol), pneumokoka­l dan kayap.

“Begitu juga orang dewasa yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti penyakit paru-paru, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit hati kronik, mereka perlu lebih proaktif dalam mengurangk­an risiko jangkitan. Vaksin influenza, pneumokoka­l, hepatitis A dan hepatitis B adalah penting untuk golongan ini.

“Mereka yang perlu ke luar negara, vaksinasi akan melindungi daripada penyakit yang menjadi wabak di sesetengah rantau. Vaksin yang disarankan adalah vaksin influenza, pneumokoka­l, meningokok­al, tifoid, hepatitis A, demam kuning, Japanese ensefaliti­s, tetanus, difteria, pertusis aselular dan MMR.

“Orang dewasa yang aktif dalam hubungan seksual disarankan mengambil vaksin Human papillomav­irus (HPV) dan hepatitis B. Suntikan tetanus adalah penting bagi mereka yang menggemari aktiviti berisiko untuk luka, manakala mereka yang suka makan pula disarankan mengambil vaksin hepatitis A dan demam kepialu (tifoid),” katanya.

 ?? FOTO ?? LAMAN web Vaxin Check For Adults membantu mencari klinik yang menawarkan vaksin.
FOTO LAMAN web Vaxin Check For Adults membantu mencari klinik yang menawarkan vaksin.
 ??  ?? DR Zamberi
DR Zamberi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia