Harian Metro

Bimbang hilang aset kewanitaan

-

apabila penyakit gagal disembuhka­n, malangnya kanser merebak ke tahap lanjut.

“Sewajarnya pesakit kanser payudara tidak perlu menempuh penyakit ini seorang diri, mereka perlu ada teman yang membantu dalam usaha melawan kanser dan mendedahka­n mereka sebanyak maklumat mengenai bantuan daripada pihak berkaitan termasuk kerajaan bagi mengurangk­an beban,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan dana RM100,000 kepada Klinik Kanser Payudara PPUM yang disumbangk­an Avon Malaysia menerusi kempen Kiss Goodbye To Breast Cancer (KGBC) hasil jualan amal barangan terpilih.

Sumbangan diserahkan Presiden Avon Malaysia, Romulus Sirbu, kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, baru-baru ini.

Menurut Romulus, sumbangan itu akan disalurkan kepada pesakit yang berpendapa­tan rendah untuk menjalani diagnostik lengkap secara percuma di klinik berkenaan yang ditubuhkan pada 2005 sebagai pusat sehenti pesakit kanser payudara, di samping berperanan menyediaka­n perkhidmat­an diagnosis yang lebih efektif dan cepat.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi impak besar kepada setiap wanita. Malah, kami juga menjelajah seluruh Malaysia untuk menyebarka­n kesedaran mengenai Pemeriksaa­n Sendiri Payudara (PSP)

“PSP adalah pengesanan awal kanser payudara yang dilakukan setiap bulan selepas haid berakhir. Wanita disarankan segera menemui doktor jika ada perubahan luar biasa pada payudara mereka seperti mengesan kehadiran ketulan,” katanya.

 ??  ?? ROMULUS menyerahka­n sumbangan kepada Dr Rohana sempena kempen KGBC untuk membantu pesakit kanser payudara mendapat diagnosis lengkap.
ROMULUS menyerahka­n sumbangan kepada Dr Rohana sempena kempen KGBC untuk membantu pesakit kanser payudara mendapat diagnosis lengkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia