Harian Metro

Budayakan basuh tangan

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Kempen galakkan tabiat kebersihan dalam kalangan murid sekolah

Kanak-kanak memiliki sifat ingin tahu dan mahu menyentuh serta merasa semua benda yang dilihat. Menerusi cara itulah mereka belajar mengenali sesuatu benda. Setiap hari tangan anak bersentuha­n dengan banyak benda dan ramai orang.

Justeru, jika tidak dimaklumka­n mengenai cara yang betul untuk membersihk­an diri, kuman dan bakteria yang melekat pada tangan boleh menjadi penyebab kepada ketidaksel­esaan dan penyakit mudah menyerang seperti selesema, sakit perut dan cirit-birit.

Akibatnya, kanakkanak terpaksa cuti sekolah dan sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajar­an mereka. Memikirkan kanakkanak harus diajar seawal mungkin untuk menjadikan membasuh tangan sebagai amalan, Dettol menerusi kempen Misi Kebersihan meneruskan usahanya bagi mendidik kanak-kanak.

Peka dengan situasi itu jenama anti-bakteria No 1 di Malaysia, Dettol bersama Kementeria­n Pendidikan melancarka­n program

‘Misi Kebersihan’ sekolah di Sekolah Kebangsaan

(SK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia dan Singapura,Tiffany Tang berkata, sebagai jenama kebersihan global yang utama, Dettol berbesar hati menghasilk­an pelbagai produk anti-bakteria inovatif yang menjadi pilihan utama golongan ibu di seluruh dunia, untuk membantu lindung keluarga daripada kuman yang berbahaya.

“Kami memahami tahap kebersihan yang memuaskan boleh meningkatk­an kesihatan individu dan masyarakat. Oleh itu, amat penting untuk Dettol mengutamak­an pendidikan kebersihan tangan sejak kecil.

“Di Malaysia, ‘Misi Kebersihan’ membenarka­n kami untuk mendekati hampir 350,000 murid sekolah rendah sepanjang empat tahun bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan. Kami berjaya memperting­katkan kesedaran kebersihan di sekolah yang mengambil bahagian dengan kerjasama diberikan ibu bapa. Kami bertujuan mencapai semua 2.7 juta murid sekolah rendah di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya kepada media baru-baru ini.

Ini adalah tahun keempat program Misi Kebersihan, dengan tujuan menggalakk­an tabiat kebersihan dalam kalangan murid sekolah dengan membimbing mereka cara mengamalka­n tabiat kebersihan di sekolah dan di rumah. Ia termasuk memastikan persekitar­an sekolah mereka kekal bersih, sihat dan selamat demi komuniti sekolah.

Menurut Tiffany, pihaknya percaya tabiat kebersihan hendaklah

 ??  ?? KAMALANATH­AN menunjukka­n cara betul mencuci tangan kepada murid SK Seksyen 7, Shah Alam.
KAMALANATH­AN menunjukka­n cara betul mencuci tangan kepada murid SK Seksyen 7, Shah Alam.
 ??  ??
 ??  ?? TIFFANY bersama Kamalanath­an dan murid SK Seksyen 7, Shah Alam.
TIFFANY bersama Kamalanath­an dan murid SK Seksyen 7, Shah Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia