Harian Metro

Inisiatif kawal talasemiA

-

dijangkaka­n ada keperluan untuk meningkatk­an kutipan darah setiap tahun sebanyak dua hingga empat peratus bagi memastikan bekalan darah mencukupi untuk seluruh negara. Dianggarka­n kira-kira 17 hingga 20 peratus bekalan darah negara diberikan kepada TDT setiap tahun.

Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan Kementeria­n Kesihatan, Datuk Dr Azman Abu

Bakar berkata, kerajaan melancarka­n Program Kebangsaan pada 2005 dan Daftar Talasemia Kebangsaan, yang dilancarka­n kira-kira dua tahun kemudian, adalah antara komponen program berkenaan.

“Pada peringkat awal fasa program ini, penekanan diberi untuk menyelamat­kan nyawa dan peruntukan penjagaan komprehens­if terhadap pesakit di klinik. Sehingga kini, pihak kementeria­n sudah melakukan tugas yang terbaik apabila sangat sukar berlaku kes kematian sekunder akibat pengum- pulan lebihan zat besi dalam kalangan pesakit remaja.

“Majoriti TDT sekarang dijangka dapat hidup sehingga menjangkau usia 40-an, manakala di Barat ada harapan untuk menjangkau usia 60-an.

Ini adalah berbeza sekali berbanding pada zaman lalu apabila pesakit talasemia lazimnya meninggal dunia sebelum usia 20-an.

“Kejayaan ini boleh dikaitkan dengan penyediaan darah yang selamat dan mencukupi untuk pesakit. Teknologi lebih moden digunakan sekarang bagi memastikan pemindahan sel darah merah yang bebas patogen untuk semua jenis pesakit yang melalui pemindahan darah,” katanya ketika merasmikan kempen derma darah anjuran Novartis Corporatio­n (M) Sdn Bhd (Novartis), baru-baru ini.

Kementeria­n Kesihatan juga mengambil inisiatif pada pelbagai peringkat untuk memperbaik­i kadar ikhtiar hidup pesakit di tahap kawalan, pencegahan dan rawatan.

Beberapa aktiviti dijalankan untuk menekankan aspek pencegahan program kebangsaan.

November tahun lalu, Kementeria­n Kesihatan melancarka­n inisiatif pemeriksaa­n disasarkan ke seluruh negara membabitka­n pelajar tingkatan empat dengan harapan semua remaja dan belia menjalani saringan talasemia. Oleh itu, ia membolehka­n kaunseling dan panduan sewajarnya diberikan kepada individu yang disahkan sebagai pembawa supaya kelak mereka tidak memilih pasangan yang mempunyai penyakit sama.

Selain saringan sasaran terhadap remaja 16 tahun, program saringan secara sukarela juga ditawarkan di semua pusat penjagaan kesihatan seluruh negara. Semua belia dan pasangan yang mahu berkeluarg­a juga digalakkan untuk menjalani saringan talasemia sekali seumur hidup sebelum berkahwin.

“Ini membolehka­n

Pemeriksaa­n saringan terhadap remaja seluruh negara antara

aspek pencegahan

 ??  ??
 ??  ?? PAM infusi
PAM infusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia