Harian Metro

WARISI LEGASI ULAMA

 Pondok Tok Kenali jadi pelopor pengajian agama secara sistematik

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusof bukan saja terkenal sebagai antara ulama pelopor sistem pengajian pondok di negara ini, malah bergiat aktif sebagai penulis dan menjadi Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh iaitu lidah rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Menyingkap latarnya, Tok Kenali yang turut dipanggil Awang dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan pada 1868 dan meninggal dunia pada 19 November 1933 ketika berusia 65 tahun.

Beliau dianggap wali kerana dianugerah­kan oleh Allah dengan pelbagai kebolehan seperti berjalan di permukaan air dan dapat berada di banyak tempat dalam masa singkat.

Allahyarha­m juga dikatakan ‘bermulut masin’ umpamanya berlaku beberapa kejadian selepas tegurannya seperti ‘ada rumah terbakar ke’ apabila mendengar orang bising ketika berlaga ayam.

Menurut cucu ketiganya, Tuan Guru Haji Lokman Haji Ahmad, 79, yang juga Penasihat Masjid Tok Kenali, datuknya dikenali sebagai pembangun fikiran umat Islam di Nusantara menerusi pengajaran ilmu agama di pondok dan masjid.

Katanya, Tok Kenali banyak menerima pengaruh ajaran Imam al-Ghazali yang membuat pembaharua­n dalam mengupas soal agama berdasarka­n al-Quran dan hadis.

“Tok Kenali seorang yang sangat mencintai ilmu dan khatam al-Quran sejak kecil, malah beliau menyambung pengajian ke Kota Bharu ketika berusia sembilan tahun.

“Menjelang usia 18 tahun beliau menunaikan ibadat haji dan melanjutka­n pelajaran ke Makkah selama 17 tahun,” katanya.

Menurutnya, atas kesedaran dan dorongan ibunya, Fatimah Salleh mengenai kepentinga­n pendidikan tersusun, Tok Kenali membuka dua pusat pengajian pondok di kampung kelahirann­ya di Kampung Belukar iaitu lokasi Masjid Kenali sekarang dalam Mukim Kenali. Katanya, ketika zaman kegemilang­annya, pondok berkenaan

bukan saja dihadiri pelajar dari Tanah Melayu malah mencakupi seluruh Nusantara seperti Indonesia, Thailand, Kemboja dan Singapura.

“Ramai anak murid Tok Kenali ini menjadi tok guru, pendakwah, pengarang dan pelbagai lagi yang kemudianny­a pulang ke kampung membuka pondok masing-masing,” katanya.

Katanya, selain membangunk­an sistem pengajian pondok, Tok Kenali turut terbabit membantu penubuhan sekolah agama moden di bawah MAIK apabila dilantik sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam Kelantan.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Man berkata, selepas pemergian Tok Kenali, pusat pengajian pondok itu disambung bapanya yang juga anak sulung Tok Kenali, Tuan Guru Haji Ahmad (digelar Tok Bangkok).

Menurutnya, selepas bapanya meninggal dunia, abangnya, Tuan Guru Haji Wardi (mesra dipanggil

Ustaz Mawardi) menyambung perjuangan Tok

Kenali.

“Pada 1984,

Ustaz Mawardi membuka sekolah rendah agama iaitu

Madinatul Ilmi yang kini dikenali Sekolah

Rendah Islam

(SRI) Tok Kenali di atas tapak asal pondok yang bertujuan menghidupk­an suasana pengajian ilmu supaya ia berkekalan selamanya.

“Memandangk­an kawasan Madinatul Ilmi begitu terhad dan harga tanah di kawasan sekitar mahal, Ustaz Mawardi dan Majlis Tertinggi (Lembaga Pengarah Madinatul Ilmi) bersetuju untuk membuka cawangan serta mengembang­kan lagi ke tahap Sekolah Menengah,” katanya.

Menurutnya, pada akhir 1984, Sekolah Menengah Islam Madinatul Ilmi ditubuhkan serta bertapak di Kandis, Bachok dan pada awal 2005 berpindah ke Pasir Puteh dengan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti rumah guru, asrama pelajar, kantin, padang sekolah dan kawasan pertanian.

“Kini tanah tapak SRI Tok Kenali menjadi harta pusaka anak saudara saya iaitu cicit Tok Kenali, Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi Wardi yang turut berperanan sebagai Pengerusi Lembaga Penyelaras Pusat Pengajian Islam Tok Kenali (PPITK). “PPITK kini menguruska­n empat entiti di bawahnya iaitu SRI, tadika, madrasah tahfiz dan masjid,” katanya.

Tok Kenali seorang yang sangat mencintai ilmu dan khatam al-Quran sejak

kecil

Ayah Man

 ??  ?? TAPAK asal Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
PELAJAR bersolat jemaah di Masjid Tok Kenali.
TAPAK asal Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan. PELAJAR bersolat jemaah di Masjid Tok Kenali.
 ??  ?? TOK KENALI AYAH Man menunjukka­n kubur Tok Kenali. AYAH Man menunjukka­n Dewan Tok Kenali yang sedang dibina. MUZIUM Tok Kenali menempatka­n bahan bacaan dan gambar Tok Kenali.
TOK KENALI AYAH Man menunjukka­n kubur Tok Kenali. AYAH Man menunjukka­n Dewan Tok Kenali yang sedang dibina. MUZIUM Tok Kenali menempatka­n bahan bacaan dan gambar Tok Kenali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia