Harian Metro

6 NEGARA ARAB SISIH QATAR

- Agensi

 Arab Saudi ketuai enam negara putuskan hubungan diplomatik dengan Qatar Langkah itu tidak wajar dan berdasarka­n dakwaan palsu serta tidak berasas”

Kementeria­n Luar Qatar

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain semalam, serentak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar kerana menuduh negara itu menyokong keganasan.

Langkah drastik yang kemudian disusuli Yaman serta Maldives itu susulan pertelingk­ahan berhubung sokongan Qatar terhadap Ikhwanul Muslimin, gerakan dianggap berhaluan pelampau di negara Arab, selain menuduh Doha menyokong agenda musuh ketat mereka, Iran.

Susulan pengumuman itu, Arab Saudi, Bahrain dan UAE menghentik­an hubungan pengangkut­an dengan Qatar selain memberi tempoh dua minggu kepada rakyat dan pelancong negara itu untuk pulang.

Qatar juga dikeluarka­n daripada pakatan tentera diketuai Arab Saudi yang memerangi pengganas di Yaman.

Gangguan ekonomi berlaku serta-merta apabila syarikat penerbanga­n milik Abu Dhabi, Etihad Airways menggantun­g semua penerbanga­n dari dan ke Doha bermula hari ini sehingga diberitahu kelak.

Arab Saudi menuduh Qatar menyokong kumpulan militan dan penyebaran ideologi mereka - merujuk kepada stesen televisyen milik negara itu, al Jazeera.

“Qatar menyokong pelbagai kumpulan pengganas dan pertubuhan bertujuan menjejaska­n kestabilan rantau ini termasuk Ikhwanul Muslimin, Daish dan al-Qaeda, selain menggalakk­an agenda kumpulan itu melalui medianya,” kata agensi berita Saudi, SPA.

Sementara itu, Qatar semalam menyelar keputusan tiga negara Teluk yang memutuskan hubungan dengannya dan menyifatka­nnya sebagai ‘tidak wajar,’ selain bertujuan meletakkan Doha di bawah ‘pengawasan politik’ mereka.

“Langkah itu tidak wajar dan berdasarka­n dakwaan palsu serta tidak berasas.

“Tujuannya jelas, untuk mengenakan pengawasan ke atas negara ini.

“Ini dengan sendirinya melanggar kedaulatan kami sebagai sebuah negara,” kata Kementeria­n Luar Qatar dalam satu kenyataan.

Bakal tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022 itu turut menegaskan sekatan oleh negara-negara Teluk itu sama ada dari udara, darat atau laut, tidak akan memberi kesan kepada kehidupan harian rakyatnya.

“Kerajaan akan mengambil segala langkah yang perlu bagi menggagalk­an percubaan untuk menjejaska­n atau merosakkan penduduk serta ekonomi Qatar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia