Harian Metro

‘MABUK’ DUIT DARAH

> Bayar baru lepas atau ada wang ada nyawa. Itulah syarat tunggal kumpulan Abu Sayyaf yang sudah mengutip puluhan juta ringgit daripada kegiatan menculik rakyat Malaysia. Wang tebusan dianggap sumber ekonomi bagi kumpulan itu untuk meneruskan operasi term

- Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my

Puluhan juta ringgit dibayar keluarga mahupun syarikat mangsa tebusan warga Malaysia bagi membebaska­n individu yang diculik kumpulan Abu Sayyaf (ASG) biarpun fakta itu cuba disembunyi­kan pihak berkepenti­ngan atas dasar keselamata­n.

Dalam kata lain, syarat ASG sangat mudah, bayar baru lepas atau ada wang ada nyawa. Ini berikutan wang tebusan dianggap sumber ekonomi bagi kumpulan itu untuk meneruskan operasi termasuk membiayai aktiviti keganasan.

Pendedahan itu dilakukan Jeneral Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) wilayah Basilan yang enggan namanya didedahkan atas faktor keselamata­n.

Dia yang mengetuai lebih 1,200 pejuang MILF di seluruh kepulauan yang dikaitkan media Barat sebagai pusat pengganas Asia itu berkata, mangsa culik hanya akan dibebaskan ASG selepas mereka menerima bayaran.

“Situasi sama juga yang berlaku terhadap kes penculikan rakyat Malaysia. Hanya bebas selepas menerima bayaran.

“Jika tidak, mangsa akan disembelih seperti yang berlaku sebelum ini,” katanya ketika ditemui di daerah Hadji Muhammed Ajul, Basilan Filipina, antara kubu kuat MILF di pulau itu ketika lawatan wartawan Harian Metro di kawasan berkenaan, baru-baru ini.

Katanya, wang tebusan yang dibayar itu akan diagihkan kepada ahli ASG dan juga individu tertentu.

“Wang akan diagihkan kepada semua pihak terbabit termasuk dalang yang menjayakan siri penculikan dan rundingan bagi mendapatka­n tebusan,” katanya tanpa menjelaska­n perkara berkenaan.

Katanya, pemimpin kanan dan ahli ASG juga cuba merekrut pejuang MILF bagi menjadi anggota mereka.

“Usaha itu dapat kami kesan dan dibanteras. Kami akan terus berwaspada kerana ASG gunakan wang untuk tarik pejuang kita bagi sertai mereka,” katanya.

Menjawab pembabitan rakyat Malaysia dengan kumpulan ASG, jeneral terbabit berkata, ada beberapa individu berjuang dengan kumpulan itu.

“Mereka pernah cuba memasuki kawasan ini, tetapi kami usir sebab ideologi mereka salah. Ideologi ASG dan Daish sesat,” katanya turut memberitah­u di seluruh Mindanao terdapat 120,000 pejuang MILF.

Sementara itu, Pakar Kajian Strategik dan Antikegana­san Kolej Universiti Islam Perlis (KUIP), Dr Mizan Mohammad Aslam ketika dihubungi mengakui bersetuju dengan perkara didedahkan jeneral terbabit.

“Kita tahu, penculikan untuk tebusan (KFR) adalah ekonomi utama kumpulan ASG. Mustahil sekiranya mereka membebaska­n mangsa culik secara percuma selepas bersusah payah mengambil risiko hingga membahayak­an nyawa sendiri.

“Sudah pasti mereka hanya dibebaskan selepas dibayar. Jika tidak, mungkin akan mati,” katanya.

Katanya, setiap individu di kawasan berkenaan mempunyai bahagian tertentu hasil wang tebusan dibayar.

“Apatah lagi, ASG turut disokong penduduk setempat, ahli politik serta mereka yang berkepenti­ngan. Malah, ada dalang ataupun kuasa besar yang mahu kawasan berkenaan terus bergolak. Ini bagi memastikan penjualan senjata api terus dilakukan selain pengedaran dadah,” katanya.

Memperinci­kan pecahan hasil tebusan itu, Mizan berkata, mengikut kajiannya 40 peratus milik kumpulan ASG.

“Sebanyak 20 peratus milik sayap penculikan, 20 peratus perbankan (pengurup wang/ bank) dan 20 peratus lagi diperuntuk­kan bagi pihak keselamata­n yang bersekongk­ol dengan kegiatan berkenaan,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Mizan berkata, ASG mempunyai struktur tersendiri. “Mereka mempunyai sayap tertentu yang dipertangg­ungjawabka­n untuk melakukan penculikan. Kumpulan itu menyerahka­n mangsa culik kepada kumpulan perunding untuk menuntut wang tebusan.

“Kumpulan elit perunding itu dikenali sebagai Harakatul Islamia diketuai Edwin Angeles@Ibrahim Yaakob berusia 50-an atau lebih dikenali sebagai ‘Big Daddy’ selain dibantu dua orang kanannya iaitu Samad Salayudin dan Salapudin masing-masing berusia 40-an,” katanya.

Mustahil jika mereka bebaskan

mangsa culik secara percuma

Dr Mizan

 ??  ?? Puluhan jutaringgi­t dibayarkep­ada kumpulan AbuSayyaf
Puluhan jutaringgi­t dibayarkep­ada kumpulan AbuSayyaf
 ??  ?? MANGSA culik kumpulan Abu Sayyaf, Mohd Ridzuan Ismail dan Fandy Bakran dipeluk ahli keluarga selepas dibebaskan.
MANGSA culik kumpulan Abu Sayyaf, Mohd Ridzuan Ismail dan Fandy Bakran dipeluk ahli keluarga selepas dibebaskan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia