Harian Metro

ECAH MENUJU PUNCAK

 Terpilih sertai Kem Kita Juara 2017 anjuran MSN

- Mohd Shukor Amin hmetroshah­alam@hmetro.com.my

Impian Siti Nuraisyah Shahrin, 14, atau dikenali sebagai Ecah untuk bergelar atlet negara semakin cerah apabila namanya tersenarai dalam Kem Kita Juara 2017 anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) bermula esok.

Lebih membanggak­an, dia satu-satunya atlet sukan angkat berat paralimpik dari Selangor yang terpilih mengikuti kem di Pusat Kecemerlan­gan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur itu.

Kem itu menghimpun­kan pegawai, jurulatih dan atlet bagi beberapa acara sukan termasuk angkat berat, olahraga, renang, bola sepak dan catur sebagai persediaan Kontinjen Paralimpik Negara ke Kejohanan Para Asean 2017.

Ecah yang terbabit dalam kemalangan tragis pada 18 Januari tahun lalu, sebelum ini pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam angkat berat para pada Kejohanan Power Lifting Sirkit Kebangsaan 2016 dan Mac lalu.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, remaja perempuan itu putus kedua-dua kaki akibat digilis lori ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dalam perjalanan pulang dari sekolah di sekitar daerah ini.

Nasib malang Ecah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermurah hati menghulurk­an sumbangan.

Bercerita lanjut, Ecah berkata, dia teruja menerima surat memaklumka­n namanya tersenarai mengikuti kem anjuran MSN itu, sekali gus bakal menyarung jersi negara pada Sukan Para Asean nanti.

“Saya tidak mahu menjadikan tragedi hilang kedua-dua kaki sebagai penghalang atau alasan untuk menyerah kalah, namun menjadikan diri lebih kuat untuk berjaya dalam hidup.

“Apabila menerima surat menyertai kem itu, saya gembira dan bersemanga­t mewakili negara terutama dalam sukan angkat berat yang digemari,” katanya.

Saya tidak mahu menjadikan tragedi hilang kedua-dua kaki sebagai penghalang atau alasan untuk menyerah kalah, namun menjadikan diri lebih kuat untuk berjaya dalam hidup”

Siti Nuraisyah Shahrin

 ??  ??
 ??  ?? ECAH menunjukka­n pingat gangsa dimenangin­ya pada Kejohanan Power Lifting Sirkit Kebangsaan Mac lalu.
ECAH menunjukka­n pingat gangsa dimenangin­ya pada Kejohanan Power Lifting Sirkit Kebangsaan Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia