Harian Metro

MANGSA MERCUN BOLA

Gabungan dua mercun bola meledak ketika kambus lubang

- Khairul Hamizy Ramlee am@hmetro.com.my

Seorang murid tahun tiga nyaris kehilangan tangan selepas mercun bola yang digabungny­a menjadi satu meletup dalam kejadian di Wakaf Beruas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Afiq Hamdi Mohd Rozi, 9, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami pendarahan serius di tangan kirinya akibat letupan berkenaan.

Bagaimanap­un, Muhammad Afiq Hamdi bernasib baik apabila hanya cedera dan melecur di tangan kirinya.

Muhammad Afiq Hamdi berkata, dia baru pertama kali menggabung­kan dua mercun bola menjadi satu dan tidak menyangka kejadian malang itu berlaku.

Sebaik selesai menggabung­kan mercun bola itu, dia segera menggali tanah untuk menanamnya bagi mendapatka­n hasil berganda. “Bagaimanap­un, belum sempat saya mengambus tanah itu, mercun yang ada di dalam lubang meletup dengan pantas sebaik sumbu dinyalakan.

“Ketika itu, tangan kiri saya baru saja mengaut pasir untuk mengambus lubang berkenaan.

“Sebaik letupan berlaku, tangan saya berlumuran darah sebelum saya segera pulang ke rumah bagi mendapatka­n bantuan,” katanya.

Bapa saudara mangsa, Mohd Muzzammil Mazlan, 27, berkata, sebelum kejadian itu, dia sempat melarang anak saudaranya yang ingin bermain mercun berhampira­n rumah.

Selepas menegur anak saudaranya, dia bergegas ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Memang terkejut sebab saya baru saja memarahiny­a supaya tidak bermain mercun dan tidak sangka dia bermain juga mercun itu.

“Bagaimanap­un, dia bernasib baik kerana letupan itu tidak meragut jari atau nyawanya,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: KHAIRUL HAMIZY RAMLEE ?? MUHAMMAD Afiq dirawat di HSNZ.
FOTO: KHAIRUL HAMIZY RAMLEE MUHAMMAD Afiq dirawat di HSNZ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia