Harian Metro

Bukan nak menunjuk

 Tauke tudung letak RM3,000 dalam dompet pasangan sebagai hadiah

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

“Apa yang saya lakukan (tindakan meletakkan duit RM3,000 ke dalam dompet suami) itu demi Allah (SWT) bukan mahu menunjuk-nunjuk, tetapi ikhlas sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbana­nnya.

“Sebagai isteri, tidak salah saya menghargai suami dengan cara membuat kejutan begitu kerana selama ini dia sangat banyak membantu,” demikian penjelasan pengusaha tudung, Ain Suraya Zulkifli, 23, mengenai viral ‘letak RM3K dalam dompet suami’ yang heboh diperkatak­an sejak Jumaat lalu.

Menurut Ain, dia memuat naik status berkenaan selepas solat Jumaat, 2 Jun lalu dan tidak lama kemudian menerima ratusan komen daripada pengguna laman sosial.

Katanya, pada awal status itu dimuat naik ramai yang memberi komen positif dan ada yang mahu jadikannya sebagai inspirasi untuk rumah tangga masing-masing.

“Sebaliknya selepas tular, dia dihujani ribuan komen negatif seperti membuka aib suami dan sengaja menunjuk-nunjuk.

“Mujur suami, Izat Al Hafiz Mustafa, 25, tidak cepat melatah dan menganggap­nya asam garam dunia laman sosial,” katanya.

Ain berkata, dia memulakan perniagaan tudung dua tahun lalu bersama suami dan mereka menghadapi saat jatuh bangun bersama.

Kata Ain, selepas jenama yang diusahakan mendapat perhatian, dia meminta suami berhenti kerja demi menumpukan usaha mengukuhka­n perniagaan berkenaan.

“Sejak berniaga, suami tidak minta satu sen pun untung yang diperoleh, semua perbelanja­an saya uruskan.

“Dia hanya sesekali membuat teguran jika saya terlebih belanja.

“Jadi, bila ada rezeki lebih, saya rasa tidak salah memberi hadiah dan berkongsi kegembiraa­n dengannya,” katanya.

Menurut ibu seorang bayi lelaki berusia empat bulan itu lagi, apa yang dilakukann­ya boleh menjadi inspirasi wanita lain untuk menghargai suami masing-masing.

Katanya, suami boleh dihargai dengan apa cara sekali pun dan tidak semestinya wang ringgit.

“Saya akui memang suka buat kejutan dan sebelum ini, setiap keraian seperti hari jadi pasti disusuli hadiah tertentu mengikut kemampuan.

“Ambil yang positif sebagai tanda menghargai suami dan tidak kisahlah banyak atau sikit, Insya-Allah suami suka,” katanya.

Sementara itu, suaminya Izat berkata, dia tidak peduli kritikan orang ramai mengenai pemberian isterinya itu.

Kata Izat, dia bukan makan duit isteri seperti tuduhan orang ramai sebaliknya ia hasil keuntungan perniagaan mereka.

“Selama ini saya tidak ambil keuntungan dan serahkan kepada isteri untuk menyimpann­ya.

“Saya tidak tahu apa yang salah pada kejutan itu kerana ia pemberian ikhlas isteri.

“Bagi saya dompet kosong tidak mengapa janji keluarga kami bahagia,” katanya.

Saya tidak tahu apa yang salah pada kejutan itu

kerana ia pemberian ikhlas

isteri

Izat Al Hafiz

 ??  ?? AIN Suraya dan Izat Al Hafiz menjalanka­n perniagaan tudung sejak dua tahun lalu. STATUS yang dimuat naik Ain Suraya mengenai pemberiann­ya kepada suami menjadi tular di media sosial.
AIN Suraya dan Izat Al Hafiz menjalanka­n perniagaan tudung sejak dua tahun lalu. STATUS yang dimuat naik Ain Suraya mengenai pemberiann­ya kepada suami menjadi tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia