Harian Metro

PENERUS RESIPI

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Azuraini jual ayam golek berempah guna rempah tradisiona­l Melayu

di Bazar Tasik Selatan

Kelazatan menu Ayam Golek Berempah diperap menggunaka­n rempah tradisiona­l Melayu sememangny­a memberi keunikan dan tarikan buat pengunjung, sekali gus menjadi gerai pilihan di Bazar Ramadan Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur setiap kali tibanya bulan puasa.

Gerai yang pada awal diusahakan bapanya, Mohd

Zin Mahmud, 65, di Besut, Terengganu sejak 13 tahun lalu mendapat sambutan menggalakk­an apabila resipinya dibawa Noor Azuraini Mohd Zin, 33, ke ibu kota dengan membuka sebuah gerai di bazar Ramadan. Noor Azuraini berkata, sejak menu Ayam Golek Berempah dijual di kampung, gerai ayahnya tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan.

“Dari situ saya mulai mendapat idea meluaskan menu dari Besut ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui.

Noor Azuraini antara peniaga terbabit dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola

(Coca-Cola KU).

Menerusi program ini, Coca-Cola KU menyediaka­n latihan di tempat kerja serta latihan dalam talian melalui aplikasi mudah alih untuk memberi pendedahan kepada usahawan wanita mengenai pertumbuha­n perniagaan.

Menurut Noor Azuraini, dia cenderung meneruskan resipi dihasilkan ayahnya ketika menyediaka­n Ayam Golek Berempah yang dicampur bersama rempah tradisiona­l Melayu.

“Tempoh menyediaka­n menu ini perlu dilakukan secara teliti di mana ayam perlu diperap terlebih dulu bersama jintan manis, jintan putih, daun ketumbar, serai, bawang, halia dan sebagainya.

“Yang lebih menariknya, rempah saya gunakan untuk memerap ayam selama tiga jam ini dibawa khas dari Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Katanya, proses memanggang Ayam

Golek Berempah tidak mengambil masa lama kerana ia diperap terlebih dahulu bersama rempah ratus.

“Penyediaan Ayam

Golek Berempah hanya mengambil masa 25 minit untuk siap dibakar bergantung kepada saiz ayam.

“Dalam sehari, saya mampu menjual 30 ekor ayam golek, tetapi pada

 ??  ??
 ??  ?? NOOR Azuraini menunjukka­n ayam golek berempah yang dijual.
NOOR Azuraini menunjukka­n ayam golek berempah yang dijual.
 ??  ?? ANTARA pelanggan yang membeli juadah.
ANTARA pelanggan yang membeli juadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia