Harian Metro

KEMBARA IFTAR BERJEMAAH

 Pelajar tukar masjid setiap hari untuk berbuka puasa, tunai solat Tarawih

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

Rata-rata mereka yang memilih berbuka puasa di masjid menganggap cara itu boleh merapatkan silaturahi­m dalam kalangan umat Islam, selain menjimatka­n perbelanja­an dan mengelakka­n pembaziran.

Pelajar Universiti MAHSA Abdul Hakim Shahbudin, 24, berkata, dia akan bertukar-tukar masjid setiap hari untuk menyertai majlis berbuka puasa dan menjalani ibadat solat sunat Tarawih.

“Saya bersama beberapa rakan akan bersilih ganti mengunjung­i masjid setiap hari untuk menikmati juadah yang pelbagai dan menjalani ibadat solat sunat Tarawih bersama imam yang berbeza.

“Bukan memilih, tetapi ia menjadikan pengalaman yang bermakna bergelar pelajar di ibu kota pada bulan Ramadan bagi tahun ini,” katanya ketika ditemui di Masjid Ar-Rahman, di sini.

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Maulan Mohd Said, 22, berkata, masjid UKM bukan saja dipenuhi pelajar, malah turut menerima kunjungan daripada penduduk sekitar dan pelajar dari universiti lain. “Setiap masjid masing-masing ada kelebihan, namun apa pun juadah yang disediakan, pendekatan ini mendidik orang ramai untuk mengimarah­kan masjid,” katanya ketika ditemui di Masjid UKM, Bangi.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia (UPM), Mat Razi Abdullah berkata, selain membantu pelajar dan penduduk yang tidak berkemampu­an, majlis iftar juga mengeratka­n hubungan serata dunia apabila Masjid UPM turut menerima kunjungan umat Islam dari luar negara.

“Seramai 600 hingga 700 jemaah akan memenuhi ruang masjid dan mereka akan menikmati juadah berbuka dalam talam yang dikongsi seramai empat hingga lima orang.

“Selain itu, setiap Isnin hingga Jumaat, 1,200 bungkus bubur lambuk akan diedarkan kepada jemaah sebagai bekalan tengah malam atau bersahur untuk mereka yang tidak mampu,” katanya ketika ditemui di Masjid UPM, Serdang.

 ??  ?? SUASANA berbuka puasa di Masjid Ar-Rahman, Bangsar.
JEMAAH menikmati juadah berbuka di Masjid UKM.
SUASANA berbuka puasa di Masjid Ar-Rahman, Bangsar. JEMAAH menikmati juadah berbuka di Masjid UKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia