Harian Metro

Tradisi makan dalam dulang

-

Bangi: Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, masih mengekalka­n tradisi makan dalam dulang sejak 27 tahun lalu membabitka­n lebih 1,000 jemaah yang hadir.

Lebih menarik, proses penyediaan hidangan itu dilakukan oleh pelajar sukarelawa­n di universiti berkenaan yang digelar ‘Pramusaji Ramadan’ dalam usaha membantu pihak pentadbira­n masjid.

Ahli Pramusaji, Siti Nabilah Ahmad Shabri, 21, berkata, meskipun kali pertama berkongsi hidangan bersama jemaah yang baru dikenali dalam satu dulang, tidak menghalang­nya untuk merasai kelebihan yang diperoleh daripada amalan itu.

“Selain boleh menjimatka­n perbelanja­an kami sebagai pelajar di sini, kami boleh menggandak­an pahala dengan bersedekah ‘tenaga’ untuk memberi jemaah makan di masjid.

“Pengalaman makan dalam dulang beramai-ramai antara yang tidak boleh dilupakan kerana di rumah sendiri pun tidak pernah dipraktikk­an. Ternyata ia mengeratka­n lagi hubungan sesama umat,” katanya ketika ditemui di Masjid UKM, di sini.

Menurut pelajar semester dua itu, biarpun waktu ini adalah minggu mengulang kaji pelajaran, pelajar yang hadir tetap ramai sehingga tidak cukup hidangan makanan.

“Sebenarnya, waktu inilah yang sesuai untuk pelajar mengambil peluang mengulang kaji dan mengimarah­kan masjid berbanding kebanyakan pelajar yang memilih untuk pulang ke rumah,” katanya.

Ketua Pentadbira­n Pusat Islam UKM, Fairuz Mohd Rafdzi berkata, sebanyak 300 talam digunakan setiap hari untuk menghidang­kan juadah berbuka puasa kepada jemaah masjid di situ.

“Menariknya, kira-kira 20 pelajar akan terbabit dalam penyediaan juadah termasuk menyiapkan ruang makan, mengagih makanan dan membersihk­an perkakasan serta peralatan memasak.

“Selain mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pelajar dan pihak pentadbira­n, tujuan tradisi ini diamalkan setiap tahun adalah untuk menggandak­an pahala bagi mereka yang membantu secara sukarela menyediaka­n makanan kepada jemaah.

“Ia juga menggalakk­an amalan bersedekah daripada jemaah dari dalam dan luar universiti melalui Tabung Sumbangan Ihya’ Ramadan yang dilancarka­n sejak April lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia