Harian Metro

NIKMAT SEGELAS AIR HUJAN

-

Cox’s Bazar

Anak kecil berlarian tanpa berpakaian, ada yang hanya berseluar pendek, ada yang dalam keadaan kurang sihat dan ada yang terpaksa memakai pakaian lembap dek kemusnahan akibat Taufan Mora yang melanda wilayah itu dari 25 hingga 30 Mei lalu.

Penduduk lelaki pula kelihatan sibuk menggeleda­h sampah-sarap untuk mencari plastik sampah yang masih boleh digunakan semula bagi membina penempatan mereka yang musnah.

Air mata penulis yang berkesempa­tan masuk ke kem pelarian

Kutupalong di sini, hanya dalam tempoh 10 minit berlinanga­n, tatkala melihat kedaifan dan kemusnahan yang berlaku.

Dugaan yang datang ketika bulan mulia ini tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka, malah ibadah berpuasa tetap dilakukan seperti biasa.

Tanpa menghirauk­an kepenatan di bulan Ramadan, mereka mengerah keringat dan tetap cekal berusaha membersihk­an semula kawasan kem yang musnah sepenuhnya akibat taufan.

Mereka kelihatan sangat bertenaga walaupun hanya mengalas perut dengan sebiji kurma dan segelas air hujan yang menjadi ‘juadah rasmi’ tatkala berbuka serta bersahur.

Menceritak­an detik taufan Mora yang melanda daerah itu, seorang penduduk yang dikenali Muhammad Rauf, 30, berkata, angin kuat dan hujan lebat memusnahka­n segalanya di situ.

“Semua penempatan kami yang diperbuat daripada plastik sampah musnah akibat taufan ini. Keadaan menjadi tidak terkawal dan semua penduduk hanya berusaha menyelamat­kan

 ‘Juadah rasmi’ berbuka dan bersahur mangsa

Taufan Mora

diri sendiri.

“Ketika ribut membadai, saya hanya menyebut kalimah Allah SWT dan mengharapk­an semua ahli keluarga serta penduduk selamat,” katanya.

Menurut Muhammad Rauf, walaupun semuanya musnah, dia tetap bersyukur kerana terselamat dalam bencana alam itu.

“Ini adalah dugaan untuk kami, sebak dan sedih dengan apa yang terjadi tetapi hidup perlu diteruskan terutama dengan memperbany­akkan ibadat di

 ??  ?? KANAK-KANAK di kem pelarian Katapalong berbogel akibat kekurangan pakaian harian selepas dilanda Taufan Mora.
KANAK-KANAK di kem pelarian Katapalong berbogel akibat kekurangan pakaian harian selepas dilanda Taufan Mora.
 ??  ??
 ??  ?? MANGSA Taufan Mora mengenang nasib mereka.
MANGSA Taufan Mora mengenang nasib mereka.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia