Harian Metro

Ambil tindakan tegas

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

Tindakan tegas diambil terhadap kakitangan yang tidak mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) hingga menyebabka­n berlakunya kesilapan penyerahan jenazaht seorang lelaki mualaf, Lim Ah San atau nama Islamnya Hassan Abdullah, 74, di Hospital Kajang, kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku di mana-mana hospital kerana terdapat garis panduan dan SOP yang ditetapkan bagi hospital dan Unit Forensik yang turut menggarisk­an tatacara penyerahan mayat kepada waris.

“Kementeria­n Kesihatan sangat kesal dan memandang serius insiden ini serta berpendiri­an ia tidak wajar berlaku di mana-mana hospital.

“Pihak hospital dan Unit Forensik sudah pun mempunyai garis panduan dan SOP Perubatan Forensik di mana ia menggarisk­an tatacara penyerahan mayat kepada waris,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n, di sini, semalam.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan berlaku kekeliruan akibat timbul dua nama mayat yang hampir sama lalu berlaku kesilapan ketika urusan menuntut mayat lelaki mualaf itu di Unit Forensik hospital terbabit.

Akibat kekeliruan itu, mayat Hassan yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, dibakar di sebuah pusat pengurusan mayat di Cheras.

Selain itu, Noor Hisham berkata, siasatan mendalam sedang dijalankan pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Katanya, kementeria­n juga pada masa sama mengeluark­an arahan penambahba­ikan serta-merta kepada hospital terbabit bagi mengelakka­n hal sama berulang.

“Pengurusan abu mayat diserahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan rumah kebajikan terbabit.

“Kementeria­n juga mengeluark­an arahan penambahba­ikan serta-merta kepada hospital berkenaan bagi mengelakka­n hal sama berulang,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia