Harian Metro

Derita rakyat Syria dapat perhatian NGO

-

Kuala Lumpur: Penderitaa­n rakyat Syria terus mendapat perhatian masyarakat di negara ini dan terbaru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) bersama dua lagi NGO lain berjaya mengumpul RM300,000 menerusi Projek Ramadan 4 Syria.

Pengasas TSDBJ Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzama­n berkata, projek itu bagi meringanka­n penderitaa­n rakyat negara bergolak itu dalam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Kata Ahmad Musa, pihaknya gembira dengan sokongan orang ramai dan jumlah itu dikumpul dalam tempoh sebulan saja bermula 10 Mei lalu.

“Kempen mengumpul derma dilakukan menerusi laman sosial dengan kerjasama dua NGO lain iaitu Malaysia Life Line For Syria dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

“Kami menyasarka­n untuk mengumpul dana RM500,000 dan insya-Allah dapat memperoleh­nya sebelum bertolak untuk diagihkan di sana.

“Semua sumbangan itu digunakan bagi membeli barangan keperluan asas seperti tepung, gula, minyak untuk dihantar ke Syria,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ahmad Musa, pihaknya bertolak ke Turki pada 10 Jun ini untuk menghantar bantuan bekalan itu ke dua lokasi iaitu kem pelarian Syria di Sanliurfa, sempadan Turki dan kemudianny­a ke Azzaz, Syria.

Katanya, misi menghantar bantuan itu disertai tujuh wakil dari TSDBJ, MVM dan Malaysia Life Line For Syria.

“Selain barangan makanan, misi kali ini juga memberi tumpuan kepada aspek pendidikan. Kami turut merancang membuka kelas al-Quran untuk penduduk Syria.

“Orang ramai yang ingin membantu, boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5628346409­83 (Persatuan Cinta Syria Malaysia),” katanya.

 ??  ?? ANTARA sumbangan bagi Projek Ramadan 4 Syria oleh NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan.
ANTARA sumbangan bagi Projek Ramadan 4 Syria oleh NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia