Harian Metro

Seorang lagi lelaki perkosa remaja perempuan ditahan

-

Seorang lagi lelaki disyaki merogol seorang remaja perempuan secara bergilir-gilir ditahan, malam kelmarin menjadikan jumlah keseluruha­n yang ditahan setakat ini, lima orang.

Lelaki berusia 21 tahun itu ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk menyerah diri, jam 10 malam.

Dia kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, susulan penahanan terbaru itu, pihaknya kini masih memburu seorang lagi kenalan suspek berusia 20-an.

“Sebelum ini, anggota ke rumah suspek di Chetok, Pasir Mas untuk menahannya, namun dia yang juga teman lelaki mangsa sudah melarikan diri.

“Bagaimanap­un, malam kelmarin suspek tampil menyerah diri di IPD

Pasir Mas dan dia ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kini, kami masih memburu seorang lagi rakan mereka bagi melengkapk­an siasatan kes berkenaan,” katanya, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki.

Shah Alam: “Kita tidak menolak kemungkina­n akan ada penahanan lain namun ia bergantung kepada proses siasatan yang masih dijalankan secara menyeluruh,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Beliau mengulas perkembang­an terkini kes penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang didera teruk sehingga melecur 80 peratus tubuh sebelum meninggal dunia, minggu lalu.

Menurut Abdul Samah, tiada penahanan baru dilakukan setakat ini dan ia masih kekal seramai 36 individu yang direman sehingga Jumaat ini.

“Kami masih menjalanka­n siasatan kes itu dan dalam proses berkenaan, semua saksi berkaitan sudah dan akan dipanggil untuk direkodkan keterangan.

“Bagi semua suspek iaitu 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), kita akan melanjutka­n reman mereka sekiranya perlu,” katanya pada sidang media selepas majlis Pemakaian Pangkat dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Polis Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau diambil oleh pengurusan mereka.

“Bagi polis, ia kejadian pertama membabitka­n kes buli,” katanya memaklumka­n kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis turut merampas beberapa barang kes.

 ??  ?? ABDUL Samah (tengah) pada sidang media, semalam.
ABDUL Samah (tengah) pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia