Harian Metro

Panik lepas tetak

- Omar Osman am@hmetro.com.my

 Penyamun berputih mata duit bertaburan akibat terjatuh

Hanya kerana wang samun diperoleh sedikit menyebabka­n seorang lelaki bertindak kejam menetak tangan kiri dan belakang seorang lelaki warga Pakistan, 30, dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Teluk Wang Besar, di sini, kelmarin.

Malang juga menimpa dua penjenayah itu apabila gagal mendapat sebarang hasil kerana barang termasuk wang dalam beg galas dibawa bertaburan dalam kedai selepas seorang suspek terjatuh ketika mahu melarikan diri.

Dalam kejadian jam 7.20 malam, mangsa yang berseorang­an di kedai runcit berikutan isterinya pulang untuk berbuka puasa didatangi dua lelaki bertopi keledar dengan seorang daripadany­a bersenjata­kan parang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, seorang suspek menghentak meja dengan menggunaka­n parang sebelum mereka merampas sejumlah wang dan telefon bimbit daripada mangsa.

Menurutnya, bagaimanap­un wang yang diperoleh tidak banyak menyebabka­n suspek berang dan memaksa mangsa menyerahka­n semua wang yang ada dalam simpananny­a.

“Mangsa memberitah­u tiada wang lain menyebabka­n suspek tidak berpuas hati lalu menetak tangan kiri dan belakang mangsa sebelum melarikan diri. Namun akibat terlalu panik, seorang suspek terjatuh menyebabka­n hasil samun bertaburan di dalam kedai.

“Mereka beredar dengan motosikal yang diletakkan di hdepan kedai tanpa memperoleh hasil samun,” katanya.

Katanya, mangsa yang cedera meminta bantuan penduduk kampung yang kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk menerima rawatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek dijalankan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia