Harian Metro

Lelaki bermotosik­al rempuh polis ditembak

-

Manjung: Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki yang bertindak menghalang tugas anggota polis termasuk cuba merempuhny­a dalam sekatan jalan raya di Jalan Besar Ayer Tawar, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, suspek berusia 50 tahun itu enggan memberhent­ikan motosikaln­ya untuk pemeriksaa­n selepas diarahkan anggota polis bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata, tiga anggota polis kemudian cuba mengejar lelaki itu dengan menunggang motosikal sebelum suspek bertindak membaling satu beg plastik mengandung­i peralatan pecah rumah hingga terkena lengan kiri salah seorang anggota.

Menurutnya, anggota polis terus mengejar suspek sehingga ke Kampung Banjar, Ayer Tawar, di sini, dan lelaki itu kemudian melibas sebilah parang ke arah anggota berulang-kali.

“Akibat itu, anggota melepaskan satu das tembakan ke arah suspek menyebabka­n lelaki itu terjatuh bersama motosikal yang ditunggang­i hingga menyebabka­nnya cedera di lutut kanan.

“Pemeriksaa­n pada poket baju lelaki itu menemui lima peket lutsinar dipercayai dadah jenis heroin seberat 6.5 gram dan sepeket dadah dipercayai syabu seberat 0.2 gram.

“Turut ditemui, sebilah parang serta sebuah pam air yang diikat pada bahagian belakang motosikal. Pemeriksaa­n pada motosikal Honda EX5 yang ditunggang suspek mendapati nombor pendaftara­n itu sudah diganggu dan tidak mempunyai rekod nombor chasis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati suspek yang bekerja sebagai tukang paip dari Flat Kamunting, Taiping itu mempunyai sembilan rekod jenayah membabitka­n pecah rumah dan kecurian di Sitiawan, Sungkai, Kampar, Batu Gajah serta Tapah.

“Hasil saringan ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphet­amin dan dibawa ke Balai Polis Ayer Tawar sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 353 dan 188 Kanun Keseksaan serta Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

 ??  ?? ANGGOTA polis tahan dua individu yang mempunyai tatu.
ANGGOTA polis tahan dua individu yang mempunyai tatu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia