Harian Metro

Kawan sampai mati

 Sepasang warga emas serba daif hidup bersama 40 tahun

- Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

Rakan sehidup semati, itulah ungkapan sesuai buat Abdul Rahman Ibrahim, 71, dan Mazena Rahmat, 88, yang saling mengambil berat antara satu sama lain sejak lebih 40 tahun lalu.

Walaupun bukan mahram atau suami isteri, mereka tinggal di dalam rumah yang sama dan berkongsi wang membeli barangan elektrik, keperluan rumah dan bekalan makanan.

Mazena berkata, perwatakan Abdul Rahman yang lembut (difahamkan sebelum ini pondan) menyebabka­n dia tidak kesah tinggal serumah dengan lelaki itu.

Malah, dia sudah menganggap Abdul Rahman sebagai adik sendiri dan satu-satunya ahli keluarga yang ada untuk menjaga serta menemaniny­a sehingga ke akhir hayat.

“Dulu masa saya sakit Abdul Rahman jaga saya sehingga sembuh. Sejak tiga tahun lalu saya pula jaga dia yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar.

“Kami berdua tak larat nak bekerja, duit belanja dan makanan pula mengharapk­an ihsan rakan atau jiran yang tahu nasib kami berdua selain bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mujur Abdul Rahman terima bantuan bulanan JKM, jadi wang itu kami guna untuk bayar sewa rumah RM80 sebulan termasuk bayaran bil elektrik dan air,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya yang daif di Kampung Jawa, di sini, semalam.

Katanya, sejak diserang angin ahmar dia menguruska­n segala keperluan harian Abdul Rahman termasuk memandikan, membuang air dan menyuapkan makanan.

“Dia juga tak boleh cakap, cuma mampu menggerakk­an mulut selain menunjukka­n isyarat tangan yang terhad jika mahukan sesuatu. Kerana sudah lama berkawan saya tidak ada masalah untuk fahami apa yang dia mahu,” katanya.

Ditanya, mengapa masih tinggal di rumah yang daif dan serba kekurangan Mazena mendakwa dia sudah tidak dipedulika­n oleh keluarga termasuk anaknya.

Akibat tekanan hidup warga emas itu mendakwa pernah meminum cecair peluntur untuk membunuh diri, namun sempat diselamatk­an rakan apabila menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Sementara itu sukarelawa­n daripada Universiti Multimedia Melaka (MMU) Hani Suhaila Ramli berkata, pegawai Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan JKM sudah melawat kediaman dihuni kedua-dua warga emas itu, kelmarin.

“Hasil lawatan MAIM dan JKM ambil keputusan untuk hantar Abdul Rahman dan Mazena ke Rumah Seri Kenangan Cheng, kerana kehidupan mereka terabai jika terus tinggal di situ.

 ??  ?? MAZENA bersama Abdul Rahman yang terlantar di rumah mereka di Kampung Jawa, semalam.
MAZENA bersama Abdul Rahman yang terlantar di rumah mereka di Kampung Jawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia