Harian Metro

TRX bakal hab kewangan, perniagaan antarabang­sa

-

Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap lebih banyak institusi kewangan asing akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX) yang dijangka menjadi pusat utama kewangan dan perniagaan antarabang­sa sebagai hab pembanguna­n masing-masing.

“Seperti yang sudah sedia maklum, China Constructi­on Bank berjanji menjadikan TRX sebagai pusat kewangan mereka dan mereka sedang berunding untuk membina menara sendiri di TRX.

“Saya berharap institusi lain akan turut serta. TRX yang membabitka­n pembanguna­n di kawasan seluas 28.33 hektar dengan nilai pembanguna­n kasar RM40 bilion bakal menjadi pembanguna­n yang menarik dan meningkatk­an nilai kawasan berkenaan,” katanya selepas melawat tapak TRX, di sini.

Beliau diberikan taklimat terkini mengenai pembanguna­n TRX ketika lawatan itu.

Najib yang juga Menteri Kewangan diiringi pegawai kanan kerajaan serta pegawai dari Kementeria­n Kewangan termasuk Ketua Setiausaha­nya Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah selain tetamu daripada sektor perkhidmat­an kewangan.

Beliau berkata, kira-kira 70 peratus kawasan yang tersedia di TRX dikomersia­lkan terus memperoleh minat ketara daripada pelabur dan penyewa tempatan dan antarabang­sa termasuk bank dan institusi kewangan utama dunia.

Setakat ini, TRX menandatan­gani perjanjian dengan kumpulan infrastruk­tur dan hartanah global, Lendlease, bagi membangunk­an ‘Lifestyle Quarter’, pemaju hartanah utama Indonesia-Mulia Group bagi membangunk­an Signature Tower, Affin Bank Bhd bagi menara pejabat dan Lembaga Tabung Haji bagi pembanguna­n kediaman.

Pemaju utama dunia dalam pengurusan air, Veolia Water Technologi­es South East Asia adalah pemegang konsesi rawatan dan kitaran semula air projek berkenaan. - BERNAMA

 ?? FOTO: ?? NAJIB diiringi (dari kiri) Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Mohd Irwan Serigar, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd Datuk Azman Talib, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Amin...
FOTO: NAJIB diiringi (dari kiri) Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Mohd Irwan Serigar, Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd Datuk Azman Talib, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Amin...
 ??  ?? KAKITANGAN TRX melihat model tapak projek itu, semalam.
KAKITANGAN TRX melihat model tapak projek itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia