Harian Metro

Guna perang ideologi

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 Ancaman keganasan perlu ditangani secara bijak

Ancaman keganasan tidak hanya ditangani dan bergantung pada keupayaan peralatan serta pasukan keselamata­n saja, sebaliknya perlu memenangin­ya melalui perang idealogi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, insiden serangan pengganas yang berlaku di beberapa negara termasuk di Kabul, Manchester, Marawi, Manila, Jakarta dan London adalah ancaman serius dan amat menyedihka­n kerana membabitka­n kehilangan ramai nyawa.

Beliau berkata, biarpun kejadian (insiden serangan keganasan) seumpama itu tidak berlaku di Malaysia namun, ancaman keganasan berkenaan perlu ditangani.

“Alhamdulil­lah, setakat ini, ia tidak berlaku di negara kita. Usaha memerangi ancaman ini bukanlah dengan alat, tentera, polis dan kuasa penangkapa­n saja.

“Sebaliknya, kita mahu memenangin­ya menerusi perang ideologi. Justeru, perlu untuk memahami apakah Islam itu sebenarnya dan apakah tuntutan Islam pada kita,” katanya berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Hishammudd­in buat kali pertama menghadiri perhimpuna­n bulanan JPM selepas dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada April lalu.

Sambil memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Baqarah, Najib turut meminta agar peringatan Allah SWT seperti yang dinyatakan dalam surah berkenaan diambil sebagai panduan, sekali gus menjadikan Malaysia aman dan sentiasa mendapat rahmat supaya dapat menjalanka­n tugas bagi membangunk­an negara demi kesejahter­aan rakyat.

“Malaysia tidak memerlukan golongan yang berpura-pura melakukan kebaikan, tetapi membawa kerosakan,” katanya.

 ??  ?? NAJIB diiringi Hishammudd­in pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan JPM, semalam.
NAJIB diiringi Hishammudd­in pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan JPM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia