Harian Metro

‘Intai’ 3 Datuk

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

 SPRM bakal cekup empat ahli lembaga pengarah salah guna kuasa dalam koperasi

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahka­n akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat membabitka­n empat lelaki termasuk tiga daripadany­a bergelar Datuk yang didakwa menyalah guna kuasa mereka menerusi sebuah koperasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak akan mengambil masa lama untuk mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa melakukan kesalahan itu.

“Itu (kes itu) menarik, kita tunggu dalam masa terdekat, kita akan ambil tindakan (dalam masa) yang singkat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar, semalam mengenai kegiatan empat individu berkenaan yang didakwa menggunaka­n kedudukan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi dan memperkena­lkan sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) mereka dalam koperasi.

Ahli koperasi dikatakan secara teknikal dipaksa mendaftar dengan MLM terbabit dan mereka yang membuat permohonan pinjaman diberi kelulusan sekiranya menyertai MLM berkenaan.

Terdahulu, Dzulkifli bersama pegawai SPRM mengadakan walkabout di sekitar kawasan ini dengan mengagihka­n 800 bubur lambuk di empat lokasi iaitu Balai Bomba Putrajaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Hospital Putrajaya dan berakhir di Bazar Ramadan Putrajaya. Mengulas mengenai kematian seorang pegawai polis di Kelantan, Dzulkifli menolak dakwaan kes itu mempunyai kaitan dengan siasatan SPRM. “Sepanjang maklumat yang saya terima, kes itu tidak ada kaitan dengan siasatan SPRM,” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang pegawai polis ditemui mati dengan satu kesan tembakan di bahagian dahi di IPD Pasir Puteh Kelantan.

 ??  ?? DZULKIFLI mengagihka­n bubur lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan Putrajaya.
DZULKIFLI mengagihka­n bubur lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia