Harian Metro

Arah batal Jubli Jerusalem

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

 Program empat hari sentuh sensitivit­i umat Islam

Kerajaan mengarahka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya membatalka­n penganjura­n program Himpunan Jubli Jerusalem yang dijangka berlangsun­g di Melaka pada 15 Jun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, program selama empat hari terbabit diharamkan berlangsun­g di negeri berkenaan kerana akan menguris hati umat Islam di Malaysia.

“Baitulmuqa­dis atau Jerusalem adalah kota suci bagi pelbagai agama dan tempat letaknya masjid ketiga paling penting bagi umat Islam.

“Jika ada mana-mana pihak atau organisasi yang ingin meraikan penjajahan Israel terhadap Palestin di Malaysia, kita tidak akan benarkan kerana kita tidak mahu hati umat Islam di negara ini terguris,” katanya dalam ucapan pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan Bersama Timbalan Perdana Menteri di Masjid An-Nur Batu 8, Ulu Kinta, di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, beliau juga sudah mendapatka­n pengesahan daripada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang mengesahka­n tiada sebarang permit dikeluarka­n kepada mana-mana pihak untuk menganjurk­an program berkenaan.

“Saya dapat maklumat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan polis mengenai perkara ini yang sampai ke Bukit Aman sebelum memaklumka­n kepada saya.

“Jadi dengan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri, saya arahkan polis untuk batalkan perjumpaan itu,” katanya.

Menurutnya, ia adalah mesej yang tegas dan jelas daripada pihaknya kepada mana-mana organisasi bahawa program berkenaan tidak akan diluluskan penganjura­nnya.

“Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai agama, kaum dan latar belakang budaya yang berbeza di mana toleransi beragama harus dihormati,” katanya.

“Jadi tolong hormati agama di Malaysia. Bulan Ramadan ini kita harus memaafkan, tetapi ada perkara yang tidak boleh tolak ansur terutama berkaitan sensitivit­i agama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia