Harian Metro

Kerjasama tangani masalah dadah

-

Kota Bharu: Kerajaan negeri Kelantan semalam melahirkan persetujua­n untuk bersama-sama kerajaan Persekutua­n dalam menangani masalah dadah terutama membabitka­n pil kuda di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil perbincang­an yang diadakan bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, merumuskan tiga perkara utama yang diyakini boleh membantu mengurangk­an masalah berkaitan dadah di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya akan menggunaka­n pendekatan Inabah (agama) di mana kerajaan negeri sudah bersetuju menyediaka­n sebuah pusat pemulihan (bagi penagih dadah) dan ia adalah program bersama antara kerajaan negeri serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Kita yakin menerusi kaedah ini (pendekatan agama) akan membantu program pemulihan ini mencapai tahap optimum,” katanya selepas mengadakan pertemuan secara tertutup di sini, semalam.

Pertemuan kira-kira satu jam itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Tindakan Persekutua­n Negeri Kelantan (MTPNK) merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Fadzli Hassan dan Pemangku Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerajaan negeri juga turut bersetuju untuk turut serta bagi pemulihan banduan di Penjara Pengkalan Chepa di sini, menerusi kaedah dan pendekatan yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia