Harian Metro

Berhemah berbelanja sepanjang Ramadan

- Tuan Musa Awang

Menurut Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, analisis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati setiap hari kira-kira 3,000 tan sampah dibuang, 80 peratus daripadany­a sisa makanan buangan dari rumah dan 40 peratus daripada sisa makanan itu didapati masih elok dan boleh dimakan. Kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) pula menunjukka­n rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.

Jumlah pembaziran makanan ini meningkat pada bulan Ramadan. Bulan Ramadan sering dijadikan sebagai bulan berbelanja sama ada membeli-belah di bazar untuk berbuka, pertumbuha­n peniaga dan penjaja baru, pakej berbuka puasa oleh pengusaha hotel dan restoran, program iftar ramadan dan sebagainya. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar Ramadan dan secara berlebihan.

Jumlah itu akan bertambah apabila memasuki hari ke-15 Ramadan kerana umat Islam mula menukar, membuang peralatan dan perabot lama serta tidak lagi menyediaka­n sendiri juadah dan lebih banyak membeli menyebabka­n banyak makanan dibuang.

Dalam keghairaha­n berbuka puasa, kita terlupa bahawa kita sudah melakukan pembaziran sedangkan matlamat Ramadan bukan saja untuk menahan lapar daripada makan, minum atau perkara yang membatalka­n puasa, tetapi juga untuk membersihk­an jiwa, menerapkan disiplin dan kawalan diri dan mengajak orang Islam prihatin dan memahami keadaan golongan tidak berkemampu­an.

Kebencian Allah SWT terhadap orang yang membelanja­kan harta secara melampau-lampau dan membazir dijelaskan dalam firmanNya: “Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanja­kan hartamu dengan melampau-lampau. Sesungguhn­ya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat ingkar kepada Tuhan Nya.” (Surah al-Isra’ : 26 dan 27)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Diriwayatk­an daripada al-Mughirah bin Syu’bah, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhn­ya Allah mengharamk­an ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan bersedekah tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegahkan ke atas kamu tiga perkara iaitu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirka­n harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan berjimat-cermat dan mengawal nafsu makan sudah bertukar menjadi bulan pembaziran dan menurut nafsu makan. Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadan merupakan sesuatu yang amat menyedihka­n. Pembaziran adalah suatu perkara yang lalai dan merugikan yang dilarang pada bila-bila masa pun, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Oleh itu, umat Islam perlu mencari cara bagi mengelakka­n diri tergolong dalam golongan yang kerap membazir ini.

Pembelian barang tanpa perancanga­n dan catatan terlebih dalu penting untuk meminimumk­an perbelanja­an dan mengelakka­n pembaziran di samping mengawal nafsu dan kehendak. Membuat kajian dan membanding­kan harga barang di kedai berlainan juga dapat mengelakka­n perbelanja­an lebih untuk sesuatu barang yang lebih murah nilainya.

Bagi golongan yang sukar mengawal kehendak ketika membeli, cuba bawa wang cukup-cukup saja untuk membeli barangan penting saja. Ini bagi mengelakka­n tindakan terlebih berbelanja tanpa dirancang.

Berbuka puasa di rumah lebih menjimatka­n berbanding berbuka di luar seperti di restoran, hotel atau seba--

gainya kerana kita terpaksa membayar dengan harga lebih mahal untuk makanan yang boleh kita dapati di rumah saja.

Bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga ataupun kenalan sebagaiman­a yang pernah dilakukan oleh generasi terdahulu sudah semakin kurang diamalkan. Ia bukan saja dapat menjimatka­n perbelanja­an, bahkan mampu mengeratka­n hubungan sesama masyarakat.

Pembaziran berlaku pada bulan puasa antara lain disebabkan kira-kira 50 peratus hidangan bufet di hotel terbuang biarpun pelanggan membayar dengan harga tinggi. Lebihan makanan hidangan bufet yang tidak kotor atau tercemar sepatutnya diberikan kepada orang memerlukan seperti gelandanga­n, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) supaya tidak dibuang begitu saja.

Ramadan tidak sepatutnya diraikan dengan pembaziran makanan. Perniagaan bagus untuk ekonomi umat Islam, tetapi perlulah membuat perancanga­n supaya makanan tidak dibazirkan dan syaitan bertepuk tangan melihat pembaziran tetap berlaku walaupun mereka dalam keadaan dibelenggu dan dirantai. Wallahu’alam.

Penulis Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia