Harian Metro

Jangan pandang rendah bubur lambuk

-

Salam semua. Bagaimana dengan puasa anda? Sihat dan beres? Saya harap tak ada yang tiba-tiba kena gastrik pulak. Maklumlah, Ramadan ni bulan pesta makan. Sesetengah orang pula kata Ramadan ialah bulan gastrik!

Jika benar-benar kena gastrik, berubatlah. Jika anda buat-buat kena gastrik, anda tanggungla­h sendiri dosanya. Kalau nak beribadat, buat dengan jujur dan ikhlas supaya boleh dapat manfaat penuh daripadany­a.

Dah makan bubur lambuk? Bulan puasa ni hampir setiap masjid masak bubur lambuk. Ia menjadi satu menu wajib untuk diagihkan kepada Muslimin dan Muslimat sepanjang Ramadan.

Minggu lalu satu acara memasak bubur lambuk berjaya menggabung­kan pihak masjid dengan badan bukan kerajaan, orang perseorang­an, penuntut universiti dan pegawai kerajaan.

Majlis anjuran Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) itu berlangsun­g di dua masjid di daerah Muallim (dulu dikenali sebagai Tanjung Malim).

Pengerusi Jawatankua­sa yang menganjurk­an majlis itu, Nur Azlan Haji Zainuddin berkata: “Kami panggil acara ini Program Bubur Lambuk Perdana. Ia sangat istimewa kerana menggabung­kan PPTD, beberapa badan bukan kerajaan seperti Yayasan Salam, Universiti Pendidikan Sultan Idris, FELCRA, orang kampung dan jemaah sedia ada.

“Semua peserta puas hati. Kami dapat sumbangan daripada banyak pihak. Akhirnya, kami dapat masak 20 periuk besar bubuk lambuk! Sejarah tu! Dan kami dapat agihkan sebanyak 5,000 bekas sebelum berbuka puasa, Sabtu lalu,” kata Azlan dalam satu perbualan telefon dengan saya.

Jangan pandang rendah pada bubur lambuk. Saya pernah dengar ada orang ketawa apabila ditanya sama ada dia mahu menyumbang untuk projek memasak bubur lambuk di masjid.

“Tiap-tiap tahun bubur lambuk. Asyik-asyik bubur lambuk, Lain tak da ka?” kata seorang eksekutif yang kaya. Berdesing telinga saya pada waktu itu. Tapi saya buat bersabar dan tak layan kata-kata menghina itu.

Memasak dan mengagihka­n bubur lambuk setiap Ramadan sudah menjadi perkara biasa di mana saja di tanah air kita. Masjid Ibnu Khaldun di Sungai Besi umpamanya menyediaka­n beribu-ribu bungkusan bubur lambuk setiap hari untuk mereka yang setia dengan masjid berkenaan.

Takkan anda tak pernah dengar cerita bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru! Bubur lambuk masjid ini antara yang paling sedap dan popular sejak dulu lagi. Beribu-ribu Muslimin dan Muslimat gemarkan bubur lambuk ini dan beratur panjang dari awal lagi.

Bagi projek bubur lambuk PPTD ini, dua masjid menjadi pusat memasak dan pengagihan – Masjid Jamek Tanjung Malim dan Masjid Jamek Behrang Ulu. Satu masjid di dalam bandar dan satu masjid di kampung. Ia memang diatur demikian rupa supaya agihan dapat dibuat dengan cepat dan seluas mungkin.

Projek memasak begitu banyak bubur lambuk bukan mudah. Bahan-bahan perlu disediakan awal manakala sukarelawa­n wanita turut serta mengupas bawang dan menyediaka­n pelbagai rencah lain.

Apabila dijumlahka­n semua, Azlan memberitah­u saya bahawa seramai 120 sukarelawa­n membanting tulang menjayakan projek besar ini. Semua ada, termasuk yang tua dan muda. Ini sangat membanggak­an.

Abdul Manan Buyong, Pengerusi Masjid Jamek Behrang Ulu, berbisik kepada saya: “Saya sangat puas hati dengan sumbangan tenaga jemaah dan orang kampung yang turut serta. Allah akan memberi rahmat dan ganjaran kepada mereka.. insya-Allah.”

Kita dengar akhir kalam daripada Azlan: “Kami tak mungkin berjaya tanpa pembabitan 30 sukarelawa­n Kelab Media Integrasi UPSI, 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, rakan daripada Majlis Belia Muallim, Open University Malaysia dan Institut Ukur Negara

“Saya tak lupa jasa kawan daripada kelab 4x4 yang menjadi tukang edar. Bagi anda yang tak dapat saya sebutkan satu persatu, hanya Allah yang membalas budi baik tuan-tuan dan puan-puan.

“Begitu juga dengan pihak yang menyumbang wang ringgit, kelengkapa­n dan idea sepanjang persiapan projek ini. You know who you are! Terima kasih kembali!”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia