Harian Metro

Guna sistem kelas enam peringkat

-

Sistem pengajian di Madrasah Diniah Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh terbahagi kepada dua iaitu pengajian umumi dan nizami.

Menurut Setiausaha Agong Pondok Pasir Tumboh Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, 41, bagi pengajian umumi, pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti iaitu pengajian sebenar bagi cara tradisiona­l pondok.

“Ia kelas terbuka dan dibenarkan kepada semua pelajar mengikutin­ya serta ada ketikanya masyarakat luar datang menimba pelajaran sama ada mereka yang tinggal dekat atau berjauhan dengan pondok,” katanya.

Menurutnya, pengajian nizami pula secara kelas mengikut tahap kemampuan masing-masing.

“Sistem kelas enam peringkat ini ditetapkan pentadbir mengikut tahap kebolehan dan keupayaan mereka di dalam bidang ilmu pengetahua­n.

“Selepas tamat belajar, pelajar boleh menggunaka­n sijil pondok untuk menyambung pengajian ke Mesir, Syria, Yaman dan Maghribi atau mengambil peperiksaa­n awam untuk ke universiti tempatan,” katanya.

Menurutnya, pengajian pondok memberi perhatian khusus menerusi dua cara iaitu pengajian khas (kelas bimbingan) serta hafal dan muzakarah.

Katanya, hafalan kunci kejayaan utama iaitu membabitka­n kalimah Arab yang penting serta maknanya, hafalan tasrif dan matan serta latihan amali.

“Kitab yang digunakan adalah kitab turath jawi dan Arab yang disusun serta dikarang oleh pengikut Mazhab Syafie dan mazhab lain yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal

Jamaah,” katanya.

Beliau berkata, selain pengajian agama secara berjadual, pelajar turut mengikuti aktiviti kokurikulu­m seperti latihan syarahan, khutbah, nasyid dan lain-lain serta menyertai pertanding­an berkaitan peringkat pondok setiap tahun.

“Malah pelajar mengadakan program perkhemaha­n, riadah, seminar, lawatan sambil belajar dan sebagainya di luar pondok,” katanya.

Katanya, Pondok Pasir Tumboh turut dikenali sebagai pondok pelanconga­n yang sering menerima kehadiran tetamu dari dalam dan luar negara.

“Antara pengisian kami sediakan sepanjang lawatan rasmi ialah lawatan ke bilik pameran dan sekitar pondok, seterusnya taklimat sistem pengajian.

“Ada juga pelawat yang menyewa bilik tumpangan kami iaitu Albakriah Inn dan rumah tumpangan pinggiran pondok bagi merasai secara lebih dekat kehidupan dan pengajian pondok,” katanya.

ESOK: Siri 2 - Pondok Pasir Tumboh Kelantan

Cara penyampaia­n dan kunci ilmu berbeza walaupun mungkin menggunaka­n kitab sama

Ahmad Shairazi

 ??  ?? BANGUNAN menempatka­n pejabat Pondok Pasir Tumboh.
BANGUNAN menempatka­n pejabat Pondok Pasir Tumboh.
 ??  ?? MASJID pondok turut digunakan sebagai masjid mukim untuk solat Jumaat.
MASJID pondok turut digunakan sebagai masjid mukim untuk solat Jumaat.
 ??  ?? KEDAI menjual pakaian turut disediakan.
KEDAI menjual pakaian turut disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia