Harian Metro

PONDOK SERBAGUNA

 Pondok Pasir Tumboh kongsi masjid untuk kegunaan masyarakat setempat

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Antara keunikan Madrasah Diniah Bakriah, Kota Bharu atau lebih dikenali dengan nama Pondok Pasir Tumboh ialah masjid yang digunakan bagi kelas pengajian adalah masjid mukim untuk solat Jumaat menjadikan­nya begitu dekat dengan masyarakat.

Malah, kedudukan pondok dan asrama pelajar berhampira­n rumah penduduk kampung serta tidak berpagar menjadikan hubungan mereka sangat erat sebagai komuniti warga pondok yang penuh tradisi keilmuan.

Setiausaha Agong Pondok Pasir Tumboh Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, 41, berkata, pondok diasaskan dua beradik iaitu

Tuan Guru Haji Mustafa Abu Bakar dan adiknya, Tuan Guru Haji Abdul Aziz bersama ipar mereka, Tuan Guru Datuk Paduka Haji Hashim Abu Bakar pada 1954 ialah rentetan pengajaran bapa mereka iaitu

Haji Abu Bakar.

Katanya, pada peringkat awal pondok itu disertai 50 pelajar lelaki dan kini mempunyai hampir 1,000 pelajar terdiri daripada 400 pelajar lelaki, 100 pelajar perempuan serta 400 pelajar kelamin dan warga emas.

Menurutnya, pelajar pondok daripada usia seawal 13 tahun hingga 70-an itu mengikuti pengajian agama secara tradisiona­l di bawah bimbingan 50 guru iaitu 35 lelaki dan 15 perempuan.

“Pondok ini melalui banyak transforma­si terutama dari segi infrastruk­tur dengan masjid sebagai pusat pengajian utama dan ibadat.

“Selain mengekalka­n pondok tradisiona­l, kami mempunyai asrama moden, rumah guru, bilik guru, pejabat, perpustaka­an, kantin, dewan dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Pusat Pembanguna­n Pondok Berhad (PPPB) iaitu badan khas menaungi pondok di Kelantan berkata,

Pondok Pasir Tumboh bukan saja mempunyai pelajar tempatan, malah ada yang datang dari luar negara seperti Thailand, Kemboja dan Singapura. Menurutnya, biarpun

berdepan cabaran sistem pendidikan moden terutama sekolah agama dan universiti, pengajian pondok masih relevan bagi masyarakat untuk mendalami bidang agama.

“Cara penyampaia­n dan kunci ilmu berbeza walaupun mungkin menggunaka­n kitab sama. Pengajian di pondok lebih menyeluruh dari kulit ke kulit sementara di sekolah lebih kepada bacaan isi penting dan berorienta­sikan peperiksaa­n.

“Malah, pengajian di pondok mementingk­an kefahaman lebih mendalam dan mengambil masa lama,” katanya.

Katanya, institusi pondok sejak dulu milik persendiri­an diuruskan keluarga pengasas dan diwarisi generasi bawahan dengan tidak mempunyai peruntukan tetap.

Ustaz Shairazi berkata, pondok hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai dengan yuran pengajian minimum, selain tenaga pengajarny­a mengajar ilmu secara sukarela tanpa gaji.

Menurutnya, konsep pengajian percuma dan wakaf di pondok antara faktor menjadikan institusi itu dekat dengan masyarakat, sekali gus menjadikan­nya pusat pendidikan sepanjang hayat.

“Kami sering menganjurk­an majlis bagi hari kebesaran Islam seperti Maal Hijrah, Maulidur

Rasul dan pelbagai lagi, selain diskusi bersama ulama dalam serta luar negara,” katanya.

PENIAGA sepatutnya tidak menggaji warga asing untuk menyediaka­n makanan kerana mungkin mereka ini membawa penyakit berjangkit. Banyak lagi sektor lain yang mereka boleh ceburi, bukan dalam bidang penyediaan makanan seperti menjual juadah di bazar Ramadan atau di restoran.

>>MATBELON [IMA11579]

TIDAK masuk akal ketika suami dan anak-anak di depan mata menanti berbuka puasa, si isteri pula sibuk dengan WhatsApp.

>>PK2012 [IMB84895]

SAYA mohon jiran dan penduduk sekitar Dewan Taman Pandan Jaya 1/8, Melaka tidak meletak kenderaan di hadapan rumah orang lain. >>MATKL [IMA72943]

ANAK-ANAK mesti disedarkan mengenai dosa kecil dan dosa besar sejak mereka mumayiz supaya apabila baligh, mereka boleh elak daripada terbabit dalam gejala tidak sihat.

>>HAZIMYRAWA­NG [IMD00102]

DRAMA berunsur perang bersiri bertajuk Harimau Rimba pernah popular pada 1990-an yang dibintangi Datuk Yusuf Haslam. Bolehkah stesen TV siar semula drama ini?

>>BRAVO1980 [IMC99955]

IBU bapa jangan membeli mercun untuk diberi kepada anak-anak bermain kerana malang tak berbau, malah mungkin boleh mencederak­an anggota tubuh badan anak.

>>HAZIMYRAWA­NG [IMD00102]

KERAJAAN tegas dalam isu pengganas, tetapi mengapa tidak bersuara ketika pelajar kita ditangkap di Britain? Tidakkah Eropah dan negara Barat mengetahui negara kita jauh lebih aman daripada negara mereka?

>>HUSSEN

JANGAN letak kereta hingga menghalang kereta lain kerana ia menyusahka­n pemandu lain. >>HAZIMYRAWA­NG

[IMD00102]

KERAJAAN sewajarnya lakukan bantahan terhadap Britain demi maruah negara kita terhadap pelajar Malaysia yang ditangkap kerana disyaki pengganas. Selamatkah kita pada orang Barat dan Eropah? >>HUSSEN

PEROKOK tegar disaran melakukan amal ibadat sunat yang banyak selain puasa sunat kerana mereka tak mampu menahan diri daripada merokok kecuali pada Ramadan. >>HAZIMYRAWA­NG

[IMD00102]

MANUSIA yang percaya pada tilikan bomoh ialah golongan yang jahil agama. Kalau ada pegangan agama, mereka tidak membunuh orang berdasarka­n tilikan bomoh. >>EMANSYG

[IMA19413]

MENJADI suri rumah tangga juga sangat mulia kerana tugasnya bak robot yang perlu melakukan rutin seharian yang banyak, apatah lagi jika punya anak kecil. >>HAZIMYRAWA­NG

[IMD00102]

BULATKAN tekad dan azam berhenti merokok dengan memasang niat hendak berhenti merokok kerana Allah, bukan sebabkan manusia yang suruh. Pasti kita boleh lakukan berdasarka­n pengalaman sendiri. >>MATBELON [IMA11579]

KECUAIAN pihak hospital menyebabka­n jenazah seorang mualaf dibakar, perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

>>KREEBERA

MOHON DBKL dan Jabatan Kesihatan periksa gerai bazar Ramadan yang menggaji warga asing sebagai pembantu jualan di sekitar ibu kota. >>DIN6789 [IMC99876]

FIKIR dan jangan jadi lebai malang melabur dalam skim cepat kaya yang nyata jadi kayap. Namun itu hakikatnya, kini bukan saja golongan bawahan dan berpendapa­tan rendah, bahkan ada juga golongan profesiona­l yang terpedaya dengan penipuan ini. >>JUSUPILI [IMB97560]

 ??  ?? KITAB yang digunakan pengasas Pondok Pasir Tumboh dipamerkan.
KITAB yang digunakan pengasas Pondok Pasir Tumboh dipamerkan.
 ?? FOTO: ?? PROJEK membina asrama pelajar perempuan.
FOTO: PROJEK membina asrama pelajar perempuan.
 ??  ??
 ??  ?? Deretan 15 bengkel motosikal di Susur 4, Jalan Tun Razak, Johor Bahru ini menjadi tumpuan dan lebih meriah dengan kehadiran pelanggan menjelang tengah malam. Mereka yang melalui kawasan ini pasti tertarik
dengan kemeriahan deretan bengkel ini yang...
Deretan 15 bengkel motosikal di Susur 4, Jalan Tun Razak, Johor Bahru ini menjadi tumpuan dan lebih meriah dengan kehadiran pelanggan menjelang tengah malam. Mereka yang melalui kawasan ini pasti tertarik dengan kemeriahan deretan bengkel ini yang...
 ??  ?? PESERTA Golf Amal Alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) bergambar selepas pertanding­an di Kelab Golf Impian, Kajang, baru-baru ini. >>ENCIK
MAN
PESERTA Golf Amal Alumni Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) bergambar selepas pertanding­an di Kelab Golf Impian, Kajang, baru-baru ini. >>ENCIK MAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia