Harian Metro

Nilai sekuntum senyuman

Contohi sikap mulia Nabi ceriakan hati isteri dan keluarga

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Keluarga bahagia menjadi idaman setiap pasangan suami isteri. Kehidupan dengan suasana dalam rumah tangga yang harmoni pastinya menimbulka­n rasa bahagia dalam hati setiap ahli keluarga yang hidup di bawah satu bumbung itu.

Di sinilah letaknya peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk menghidupk­an suasana kehidupan berkeluarg­a.

Dalam usaha membina sebuah keluarga bahagia, contoh terbaik yang seharusnya diteladani adalah mengikut jejak kehidupan Rasulullah

SAW ketika hayatnya.

Rasulullah SAW adalah manusia sempurna dan kehadirann­ya untuk membawa rahmat buat sekalian alam.

Baginda adalah perintis ulung mempamerka­n ciri-ciri seorang suami paling ideal dan ketua rumah tangga paling bijaksana.

Bagaimanap­un, adakah dalam menelusuri alam kehidupan berkeluarg­a baginda tidak melalui dugaan?

Tentu sekali sebagai seorang manusia, Baginda juga tidak lari daripada permasalah­an keluargany­a. Namun, setiap kali diuji baginda mampu menanganin­ya dengan jalan yang terbaik.

Apakah rahsia yang Rasulullah SAW gunakan sehingga kehidupan dalam keluargany­a begitu harmoni sekali? Antara resipi paling mujarab dilakukan Baginda SAW adalah dengan mempamerka­n senyuman dan gelak tawa.

Imam at-Tabrani meriwayatk­an hadis menyatakan Rasulullah

SAW ketika berkumpul bersama isteri-isterinya, baginda adalah seorang suami yang penuh dengan senyuman.

Malah, Rasulullah SAW ada menegaskan: “Segala sesuatu selain zikrullah (ingat Allah) adalah permainan dan sia-sia kecuali terhadap empat perkara iaitu seorang suami yang bergurau dengan isterinya, seseorang yang melatih kudanya, seseorang

yang berlatih memanah dan seorang yang berlatih berenang.” (Hadis riwayat An-Nasai’)

Hadis berkenaan menjelaska­n kepada kita resipi terbaik dalam memupuk keharmonia­n dan keceriaan hidup berkeluarg­a.

Dalam satu kisah, Rasulullah SAW berjenaka bersama isteri tercintany­a, Siti Aisyah. Pada satu hari, Rasulullah SAW menemui Aisyah yang ketika itu baginda dalam keadaan sakit kepala yang agak berat.

Pada masa sama Aisyah juga mengalami sakit serupa. Dengan nada perlahan, Aisyah mengadu kepada Rasulullah SAW, ‘Kepalaku sakit’.

Mendengar hal demikian, maka Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah wahai Aisyah, aku juga berasakan sakit kepala yang amat sangat.”

Kemudian baginda menyambung lagi kata-katanya: “Apabila kau meninggal dunia terlebih dahulu, maka tenanglah. Aku akan menguruska­n jenazahmu, menyembahy­angkan dan mengiringi jenazahmu sehingga ke liang lahad.”

Apa kata Aisyah sebaik suaminya itu berkata sedemikian? Dengan suara kata berbaur rasa cemburu, Aisyah berkata: “Biarlah itu terjadi pada yang lain saja. Demi Allah, sungguh aku dapat meneka, jika ia benar-benar terjadi, maka engkau pastinya akan berdua-duaan dengan salah seorang isterimu di rumahku ini pada petang harinya.”

Rasulullah SAW tidak berdaya menahan ketawanya sebaik saja mendengar kata-kata cemburu daripada Aisyah itu. Kisah itu diriwayatk­an Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitabnya, Fathul Bari.

Demikian antara sorotan kisah kehidupan Rasulullah SAW. Sebenarnya masih banyak lagi kisah hidup Baginda bersama ahli keluargany­a yang sarat dengan gelak tawa dan budaya hidup yang disulami senyuman.

Justeru, sebagai suami isteri, kita sewajar mengikut jejak keperibadi­an dipamerkan Rasulullah

SAW dalam usaha membina keluarga yang aman lagi membahagia­kan.

Usahlah jadikan kehidupan berkeluarg­a sebagai ruang tandus tanpa suasana ceria sehingga menimbulka­n perasaan bosan kepada isteri dan anak-anak.

Jadikan amalan setiap kali bangun pada awal pagi mula pamerkan sekuntum senyuman buat isteri dan anak-anak kita.

Anak-anak pastinya lebih ceria dan bersemanga­t untuk ke sekolah selepas melihat wajah bapa mereka yang sentiasa positif menandakan diri mereka begitu dihargai dan disayangi.

Bagaimana pula situasi dalam rumah tangga apabila sejak awal pagi lagi isteri dan anak-anak terpaksa mendengar leteran dan herdikan yang akan membuatkan hati mereka terluka dan tertekan.

Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita semua bersama-sama anak isteri dalam lindungan dan rahmat-Nya. Insya-Allah.

Penulis ialah pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? RUMAH tangga yang bahagia umpama sebuah taman indah dipenuhi kuntuman bunga berkembang.
RUMAH tangga yang bahagia umpama sebuah taman indah dipenuhi kuntuman bunga berkembang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia