Harian Metro

Sifat pemurah akhlak mulia umat Islam

-

Sifat dermawan dan bermurah hati perlu terbit dalam setiap diri umat Islam dan menjadi amalan dalam kehidupan.

Sikap sedemikian adalah sebahagian kecil daripada akhlak mulia umat Islam yang mampu menjadikan masyarakat makmur, sejahtera dan penuh semangat persaudara­an.

Golongan yang murah hati ini pastinya akan disayangi dan dihormati masyarakat serta dicintai Allah SWT.

Sifat kedekut dan kikir pula sangat dibenci Islam. Jabir meriwayatk­an,

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Waspadalah terhadap sikap zalim kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat. Waspadalah terhadap sifat kikir kerana kekikiran adalah sifat yang menghancur­kan umat sebelummu. Sifat ini mendorong mereka sehingga sanggup melakukan pembunuhan dan melakukan hal-hal yang haram.” (Sahih Muslim: 4682)

Sifat kikir dan bakhil itu juga turut ditegaskan Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesiapa yang menjaga dirinya daripada dipengaruh­i oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya.” (Surah at-Taghaabun, ayat 16)

Membicarak­an hal dan sikap dermawan ini, Rasulullah SAW adalah contoh terbaik.

Baginda sangat prihatin terhadap anak yatim dan fakir miskin, malah baginda turut memberikan bantuan kepada umat Islam miskin yang tidak mampu bekerja atau hartanya dihabiskan untuk perjuangan fi sabilillah.

Ketingggia­n sifat dermawan Rasulullah SAW ini sehinggaka­n walaupun sesuatu barang atau harta itu sebenarnya sangat diperlukan namun baginda sanggup memberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Itulah sikap al-iitsaar iaitu lebih mementingk­an orang lain yang menjadi sifat tertinggi untuk sikap dermawan.

Saidatina Aisyah menceritak­an, Rasulullah SAW tidak pernah berasa kenyang dalam masa tiga hari berturut-turut dan keadaan itu berlarutan sehingga akhir hayat baginda.

Kata Aisyah: “Sebenarnya kalau kami mahu, kami akan kenyang setiap hari, namun kami lebih mementingk­an orang lain daripada diri kami sendiri.” (Rujuk Ihya Ulumuddin, 3/223)

Rasulullah sangat mementingk­an infak dan baginda tetap berusaha mengeluark­an bantuan sesuai dengan kemampuann­ya.

Setiap kali ada orang yang meminta bantuan, baginda pasti memberi apa yang dimilikiny­a dan tidak pernah menolak permintaan sesiapapun.

Rasulullah juga sangat suka apabila hidangan makanan dapat dinikmati secara beramai-ramai.

Pada bulan Ramadan, tidak ada satu pun hidangan yang disimpan oleh baginda di rumah.

Dalam satu hadis diriwayatk­an oleh Bukhari (2597), ada seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,

“Sedekah bagaimana yang paling utama?” Rasulullah menjawab: “Iaitu sedekah yang kamu berikan ketika kamu dalam keadaan sihat dan masih mempunyai semangat yang tinggi, masih mempunyai harapan untuk kaya dan khuatir kalau jatuh miskin. Jangan kamu menunda-nunda (memberi sedekah) hingga nyawa sampai tenggoroka­n (hujung halkum yang kelihatan pada leher) dan kamu baru berkata, si fulan ini mendapat bahagian sekian, si fulan itu mendapat bahagian sekian dan yang ini untuk si fulan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia