Harian Metro

‘Ini bukan sandiwara’

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

“Pertemuan ini bukan sandiwara politik atau sempena pilihan raya, tetapi ia ikhlas untuk mendapatka­n pandangan mahasiswa dari universiti ini.

“Ini cara menggalakk­an mahasiswa dan sebagai medan wacana meluahkan pandangan bagi merangka TN50 akan datang,” kata Pemangku Timbalan Menteri, Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri S K Devamany.

Beliau berkata demikian ketika mengulas aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bersama warga kerja dan penuntut di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di sini, semalam.

Katanya, sistem pendidikan mampu melahirkan impak tinggi terhadap masyarakat seawal kanak-kanak sehingga mereka dewasa bagi membentuk budaya masyarakat mapan dan berbudaya.

“Pendidikan di sekolah mahupun kolej dan universiti seharusnya membuka peluang dan menekankan pelajar supaya mampu berfikir secara kreatif dan kritikal terutama dalam bidang sains.

“Pendidikan mengenai penggunaan tenaga mapan perlu dimulakan di sekolah seiring kehendak negara yang mahu mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga luar dan pencemaran alam akibat pembebasan karbon dioksida,” katanya.

Jelasnya, penggunaan tenaga tinggi turut membebaska­n haba dan karbon sehingga menjejaska­n keseimbang­an alam.

“Dunia menghadapi perubahan cuaca melampau yang menjejaska­n keseimbang­an alam sekitar malah pelbagai malapetaka dihadapi negara di seluruh dunia,” katanya.

Tsunami pada 2004, gempa bumi sekitar Gunung Kinabalu pada 2015 dan banjir besar antara petunjuk ketidaksei­mbangan alam akibat perubahan cuaca.

Di luar negara pula, isu kepupusan beruang polar, penghijrah­an pelarian, kemusnahan batu karang dan banjir besar selain ais yang semakin cair di Antartik dan di kedua-dua Kutub dunia.

Justeru, TN50 bukan saja menerima cadangan mengenai penggunaan tenaga solar seperti dikemukaka­n penuntut UNITEN, malah berharap negara terus memperluas­kan penggunaan­nya pada setiap bangunan dan kenderaan elektrik.

Tambahnya, antara 20 cadangan berkenaan, beliau menggarisk­an beberapa perkara mengenai kebergantu­ngan negara terhadap tenaga fosil seperti gas dan petroleum demi mengelakka­n perubahan cuaca yang ketara, meningkatk­an sumber air, mewujudkan tenaga baru, memodenkan sistem pembetunga­n dan kawalan sampah supaya persekitar­an terpelihar­a.

Selain itu, beliau turut berharap merevolusi­kan sistem pengangkut­an awam bagi meringanka­n beban rakyat.

Katanya, perkara paling penting adalah memupuk nilai keinsanan dalam masyarakat supaya individu yang bertanggun­gjawab terhadap alam sekitar.

 ?? S K Devamany ?? Ini cara menggalakk­an mahasiswa dan sebagai medan wacana meluahkan pandangan”
S K Devamany Ini cara menggalakk­an mahasiswa dan sebagai medan wacana meluahkan pandangan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia