Harian Metro

Siasat kapal senget

- Razif Rosli am@hmetro.com.my

 Jawatankua­sa khas ditubuh cari punca Ex KD Rahmat bocor

Kerajaan negeri bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas bagi menyiasat secara terperinci punca kapal muzium Ex Kapal Diraja (KD) Rahmat mengalami kebocoran hingga menyebabka­n ia senget dan hampir tenggelam di pesisir Marina Waterfront, Lumut, dekat sini, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pihaknya mahu kejadian itu disiasat secara menyeluruh daripada pelbagai aspek.

Menurutnya, sebarang bentuk tindakan terhadap pengendali kapal muzium iaitu syarikat Plus Asiajaya Perak (PAP) turut berpanduka­n kepada laporan diperoleh kelak.

“Kami kecewa dengan apa yang berlaku ke atas Ex KD Rahmat kerana kapal itu mempunyai nilai sejarah dan bagi kerajaan negeri kecuaian dalam memulihara sebagai kesalahan serius.

“Apa jua tindakan akan dikenakan kepada pengendali kapal muzim itu selepas jawatankua­sa ditubuhkan meneliti punca sebenar kejadian, dan buat masa ini kami tunggu laporan penuh,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, semalam.

Nolee Ashilin berkata, PAP selaku kontraktor yang dipertangg­ungjawabka­n untuk membaik pulih dan menyelengg­ara kapal berkenaan akan menanggung segala kos operasi terbabit dalam memastikan keselamata­n kapal serta mengelak kejadian sama berulang.

“Kerajaan negeri akan terus memantau obligasi PAP seperti yang terkandung di dalam perjanjian bagi memastikan keselamata­n kapal dan orang ramai terpelihar­a.

“Punca kerosakan dalam siasatan, namun perkara yang penting sekarang menstabilk­an kapal dan mengeluark­an air sebelum mengetahui punca ia tenggelam,” katanya.

Ex Kd Rahmat pernah berkhidmat dalam TLDM sebelum dilucut tauliah dan dijadikan kapal muzium yang dibuka kepada orang awam sejak 2011.

Namun, atas faktor keselamata­n kapal berkenaan tidak dibuka kepada orang awam sejak 19 September lalu sebelum ia dikesan bocor dan hampir tenggelam kira-kira jam 3 pagi Sabtu lalu.

 ??  ?? ANGGOTA TLDM memantau kerja menstabil dan mengeluark­an air dari Ex KD Rahmat yang hampir tenggelam.
ANGGOTA TLDM memantau kerja menstabil dan mengeluark­an air dari Ex KD Rahmat yang hampir tenggelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia