Harian Metro

Nenek pulang menggigil

-

Kuala Pilah: “Sepatutnya Ramadan adalah waktu mendekati Allah bukan melakukan jenayah hingga menyusahka­n masyarakat,” kata penduduk Kampung Pasir Ambor, Ahmad Fitri Yahya, 21, menceritak­an kejadian neneknya, Zainab Baba, 79 yang diragut, kelmarin.

Ahmad Fitri berkata, ketika kejadian jam 11.30 pagi, neneknya berjalan kaki di hadapan rumah sebelum didatangi seorang lelaki yang menaiki Proton Wira sambil bertanya arah jalan.

Katanya, sebaik menunjukka­n laluan, lelaki 30-an itu merentap rantai dan gelang emas dipakai neneknya hingga berlaku pergelutan.

“Penjenayah tidak memikirkan keadaan warga emas menyebabka­n nenek terjatuh di jalan lalu melarikan diri ke arah Kampung Sungai Talan, di sini,” katanya.

Menurutnya, neneknya pulang ke rumah dalam kedaan menggigil dan menceritak­an kejadian kepada bapa saudaranya.

“Pak cik bergegas ke lokasi, namun penjenayah menghilang­kan diri,” katanya laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah, di sini selepas kejadian.

Ahmad Fitri berkata, neneknya yang masih trauma tidak cedera namun kerugian RM5,000.

“Perkara menyedihka­n apabila gelang emas itu baru seminggu dibeli, manakala rantai pula lebih 10 tahun dalam simpanan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superinten­dan Haslah Bachok mengesahka­n menerima laporan dan pihaknya giat memburu suspek mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Haslah menasihatk­an penduduk di daerah ini supaya tidak memakai banyak barang kemas ketika berjalan bersendiri­an bagi mengelak kejadian tidak diingini.

 ??  ?? ANAK jiran menunjukka­n lokasi mangsa diragut.
ANAK jiran menunjukka­n lokasi mangsa diragut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia