Harian Metro

Ada ‘wakil’ pemilik pula...

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

“Kami hairan bagaimana binaan kekal tembok simen dan lantai konkrit itu boleh dibuat di tanah rizab sungai yang juga kawasan hijau sejak lebih 40 tahun lalu.”

Demikian kekecewaan diluahkan Penasihat Persatuan Penduduk Taman Evergreen Kuala Lumpur William Khuah sambil menggesa campur tangan segera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk merobohkan binaan kekal dipercayai dilakukan secara haram itu sejak tiga minggu lalu.

Dakwanya, kawasan ta- nah seluas 0.2 hektar bersebelah­an Sungai Kerayong, Jalan Tembikai, Taman Evergreen, Batu 4, Jalan Klang Lama itu tidak sewajarnya mempunyai binaan kekal kerana tanah itu sepatutnya sudah diwartakan sebagai rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Saya difahamkan, pemilik asal tanah ini sudah mendapat pampasan yang dibayar kerajaan sebelum ini, tetapi entah bagaimana ada pihak lain tampil mengatakan dia wakil pemilik tanah dan menyewakan tanah ini kepada pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan bantahan bersama 10 wakil penduduk Taman Evergreen, di sini, semalam.

 Penduduk dakwa binaan kekal dibina secara haram di tanah rizab sungai

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Evergreen Kuala Lumpur Jap Joe Tjin.

Mengulas lanjut, Khuah berkata, pihaknya pernah beberapa kali cuba mengadakan pertemuan dengan pihak yang mendakwa wakil pemilik tanah berkenaan namun usaha itu gagal.

“Tujuan saya bagi mendapatka­n kepastian dan bukti dokumen mengenai status tanah ini yang diwartakan sebagai kawasan lapang sejak 40 tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Jap berkata, ketiadaan papan maklumat menerangka­n jenis bangunan dibina di kawasan berkenaan seperti projek pembanguna­n lain yang mendapat kelulusan DBKL membuktika­n ia projek haram.

 ??  ?? BINAAN kekal di kawasan bersebelah­an Sungai Kerayong, Jalan Tembikai, Taman Evergreen Batu 4, Jalan Klang Lama.
BINAAN kekal di kawasan bersebelah­an Sungai Kerayong, Jalan Tembikai, Taman Evergreen Batu 4, Jalan Klang Lama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia