Harian Metro

Kembang operasi

QSR Brands tak tolak kemungkina­n jadi pemegang lesen KFC di beberapa negara

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd (QSR Brands) tidak menolak kemungkina­n mengambil alih dan menjadi pemegang lesen francais induk jenama KFC di negara luar Malaysia, selain Brunei, Vietnam, Singapura dan Kemboja yang dimilikiny­a ketika ini.

Bagaimanap­un, buat masa ini fokus syarikat mahu terus mengukuhka­n kedudukan sebagai peneraju rangkaian restoran makanan segera di negara ini yang masih kekal sebagai pemain utama.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Merrill Christophe­r Pereyra berkata, Malaysia memainkan peranan penting bagi syarikat itu yang ketika ini menyumbang 90 peratus kepada perolehan jualan keseluruha­n negara operasinya.

Malah, beliau berkata, pihaknya tidak melihat negara KFC beroperasi yang dimiliki QSR Brands mampu mengimbang­i nisbah perolehan sumbangan dari pasaran negara ini memandangk­an kedudukan serta prestasi KFC Malaysia begitu baik dan positif dari tahun ke tahun.

“Walaupun berdepan dengan persekitar­an ekonomi yang lembap kebelakang­an ini, prestasi jualan KFC di Malaysia tetap baik dan tidak menunjukka­n penguranga­n atau kemerosota­n. “Syarikat juga tidak memotong perbelanja­an modal (capex) atau perbelanja­an operasi (opex) dari tahun ke tahun kerana tiada keperluan. Perkara penting ialah langkah pengurusan kos perniagaan yang lebih efisien,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini, baru-baru ini.

Pereyra yang dilantik Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands yang memegang lesen francais induk bagi dua jenama makanan segera di Malaysia iaitu KFC dan Pizza Huts sejak Januari lalu mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri termasuk menguruska­n beberapa jenama makanan segera terkemuka dunia.

Menurutnya, sebagai pemimpin baru dalam QSR Brands, pihaknya berhasrat menjadikan Malaysia sebagai peneraju KFC dalam kalangan negara di Asia.

Katanya, kemampuan KFC di Malaysia tidak boleh disangkal kerana QSR Brands berjaya meraih pelbagai anugerah kecemerlan­gan KFC di peringkat antarabang­sa dari segi prestasi jualan, tanggungja­wab sosial sehingga meneroka rantaian sumber untuk perniagaan.

 ??  ?? PEREYRA ketuai QSR Brands sejak
Januari lalu.
PEREYRA ketuai QSR Brands sejak Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia