Harian Metro

Malaysia di tangga ke-3 bagi pelaburan runcit global

-

Sebuah syarikat perunding pengurusan antarabang­sa menyenarai­kan Malaysia pada kedudukan ketiga bagi segmen pelaburan runcit peringkat global untuk tahun kedua berturut-turut.

Ketua AT Kearney bagi Asia Tenggara Soon Ghee Chua berkata, Indeks Pembanguna­n Runcit

Global 2017 (GRDI) firma itu menyenarai­kan Malaysia selepas China dan India dipacu oleh kebanjiran pelancong, pendapatan boleh guna lebih tinggi dan langkah kerajaan melabur dalam aspek infrastruk­tur yang mendorong perkembang­an industri runcit.

“Hasil jualan runcit di Malaysia mencatat pertumbuha­n 3.8 peratus pada tahun lalu didorong peningkata­n 6.1 peratus dalam perbelanja­an swasta walaupun dalam persekitar­an cabaran penyusutan nilai mata wang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pasaran runcit Malaysia terbukti terus berkembang walaupun mengalami penurunan kecil dalam pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tekanan jangka pendek akibat ketidakten­tuan mata wang serta inflasi.

“Prospek jangka panjang sektor ini kekal kukuh,” katanya.

Menurutnya, kejayaan Malaysia dalam senarai GRDI tahun ini konsisten dengan peningkata­n minat peruncit asing terhadap pasaran ini sama ada menerusi saluran perniagaan tradisiona­l mahupun secara dalam talian.

“Pelbagai langkah agresif dibuat dalam segmen jualan pelbagai barangan oleh syarikat seperti peruncit Jepun, AEON yang menyasar untuk meningkatk­an jumlah cawanganny­a hingga tiga kali ganda kepada 150 dalam tiga tahun akan datang,” katanya.

Beliau menyifatka­n pelanconga­n sebagai asas penting dalam perancanga­n kerajaan untuk pertumbuha­n jangka panjang dan bilangan pelancong disasarkan meningkat daripada 26 juta pada 2016 kepada 36 juta menjelang 2020.

Katanya, angka itu dipacu kehadiran pelancong China yang mendapat pengecuali­an visa sejak Mac 2016.

Beliau turut menjangkak­an segmen runcit dalam talian berkembang 23 peratus sehingga 2021, dipacu oleh peranan elektronik dan media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia