Harian Metro

Wanita hati kering

Mengaku bunuh sebelum potong mayat pekerja bar guna gergaji

- Agensi

Tiga wanita termasuk suspek utama Preeyanuch Nongwangch­ai, mengaku membunuh sebelum mengerat mayat seorang pekerja bar, Warisara Klinjui pada bulan lalu.

Preeyanuch, 24, dan dua rakannya, Kawinta Ratchada, 25, dan Apiwan Satayabund­it, 28, semalam dibawa polis ke lapan lokasi berkaitan pembunuhan kejam pada 23 Mei lalu itu.

Ini termasuk sebuah kedai di mana suspek membeli gergaji dan sebuah resort lokasi mayat Warisara dipotong dan diletakkan di dalam beg plastik, serta sebuah kawasan hutan lokasi jasad mangsa ditanam.

Ketiga-tiga suspek turut membawa polis ke satu persimpang­an di Nadi di mana mereka menjemput Warisara dalam sebuah kereta dan membawa mangsa ke resort itu.

Jurucakap polis, Chaoroenwi­t Siwanit memberitah­u, pembunuhan berlaku di dalam kereta apabila Preeyanuch menyerang Warisara.

Ujarnya, masalah peribadi dan hutang adalah motif pembunuhan itu, bukannya berkaitan sindiket pengedaran dadah.

“Apabila suspek mendapati mangsa sudah mati, mereka membeli gergaji dan memandu ke resort berkenaan,” katanya.

Ketiga-tiga wanita itu didakwa bekerjasam­a dalam merancang pembunuhan, menyembuny­ikan mayat dan mencuri.

Menurutnya, penyiasat mendakwa dan menahan seramai lima suspek berkaitan kes itu. Dua lagi suspek adalah seorang lelaki, Wasin Namprom, 25, dan teman wanitanya, Jidarat Promkhun, 21.

Mayat Warisara yang disumbat dalam beberapa beg plastik sebelum diletakkan di dalam dua tong ditemui ditanam di tanah milik Preeyanuch pada 25 Mei lalu.

Preeyanuch dan dua rakannya melarikan diri ke Myanmar pada hari yang sama tetapi ditangkap polis negara itu sebelum diserah kepada polis Thailand.

 ??  ?? DARI kiri Kawinta, Preeyanuch dan Apiwan yang disiarkan polis Thailand. - Agensi
DARI kiri Kawinta, Preeyanuch dan Apiwan yang disiarkan polis Thailand. - Agensi
 ??  ?? WARISARA
WARISARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia