Harian Metro

AS beri senjata

Washington sumbang bantuan untuk pertempura­n di Marawi

- AFP

Amerika Syarikat (AS) semalam memberi ratusan mesingan, pistol dan pelancar bom tangan untuk digunakan dalam pertempura­n melawan militan di Marawi.

Senjata itu termasuk mesingan yang mampu melepaskan ribuan peluru seminit diserahkan dalam satu majlis di Manila yang mengetenga­hkan program bantuan antikegana­san Amerika ke Filipina bernilai kira-kira AS$150 juta (RM640 juta) sejak berdekad-dekad lalu.

Kenyataan kedutaan AS berkata: “Peralatan ini akan meningkatk­an keupayaan antikegana­san (Tentera Marin Filipina) dan melindungi (askar) yang melaksanak­an operasi di selatan Filipina.”

Ketua Marin Filipina Mejar Jeneral Emmanuel Salamat berkata, senjata itu akan digunakan untuk memerangi kumpulan militan di Marawi.

Kumpulan itu mengibarka­n bendera Daish menyerbu Marawi hampir dua minggu lalu dan pertempura­n dengan polis serta askar setakat ini mengakibat­kan 178 kematian.

Susulan itu, Presiden Rodrigo Duterte mengisytih­arkan undang-undang tentera di Mindanao untuk mengekang ancaman Daish yang didakwa semakin merebak.

Filipina dan AS sekutu rapat sejak beberapa dekad lalu dan terikat dengan perjanjian pertahanan bersama pada 1951 yang mewajibkan mereka saling melindungi sekiranya salah satu daripadany­a diserang.

AS juga pembekal senjata dan peralatan ketenteraa­n utama Filipina.

Sementara itu, Duterte menawarkan habuan 20 juta peso (RM1.7 juta) untuk penangkapa­n pemimpin kumpulan pelampau berkenaan, Isnilon Hapilon, Abdullah Maute dan adiknya Omarkhayam Maute selepas tenteranya menggambar­kan kemungkina­n pertempura­n berterusan untuk lebih lama daripada yang dijangka.

Ketua turus tentera Jeneral Eduardo Ano berkata dalam satu kenyataan: “Kami berharap tawaran ini akan membawa kepada penangkapa­n mereka.”

Katanya, separuh daripada jumlah itu adalah habuan bagi penangkapa­n Isnilon yang dianggap ‘amir’ atau pemimpin tertinggi Daish di Filipina.

Pada masa sama, kerajaan AS menawarkan habuan AS$5 juta (RM21 juta) untuk Isnilon kerana penculikan dan pembunuhan rakyatnya, selain tawaran sedia ada 7.4 juta peso (RM639,000) oleh kerajaan Filipina.

Semalam juga, enam ahli Parlimen pembangkan­g memohon Mahkamah Agung menolak pelaksanaa­n undang-undang tentera di Mindanao pada 23 Mei lalu sebagai melanggar Perlembaga­an.

 ??  ?? PENDUDUK yang berjaya dipindahka­n dari Marawi berehat di Dewan Serbaguna Saguiaran di Lanao del Sur, Mindanao. - AFP
PENDUDUK yang berjaya dipindahka­n dari Marawi berehat di Dewan Serbaguna Saguiaran di Lanao del Sur, Mindanao. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia