Harian Metro

TAK SEMUA BAYAR

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Ada sukan dibuka secara percuma kepada orang ramai

Tidak semua sukan pada temasya Sukan SEA 2017 akan dikenakan tiket apabila Jawatankua­sa Penganjur Malaysia (MASOC) memutuskan terdapat sejumlah sukan yang akan dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Perkembang­an itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MASOC Datuk Seri Zolkples Embong yang menjelaska­n bayaran yang dikenakan terhadap sukan tertentu adalah berpatutan.

“Selain acara perasmian dan penutup yang dikenakan tiket, beberapa jenis sukan yang popular serta memberi ruang kepada atlet negara meraih emas akan dikenakan bayaran.

“Malah sukan yang berlangsun­g dalam dewan seperti di KLCC perlu dikenakan tiket bagi mengawal kehadiran penonton susulan ruang yang terhad,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Inisiatif Hijau KL2017.

Antara sukan yang akan dikenakan tiket adalah bola sepak, akuatik (terjun, renang, renang berirama), karate, pencak silat dan wushu.

Manakala acara sukan yang tidak begitu popular seperti angkat berat dan tinju tidak akan dikenakan tiket kerana memerlukan kehadiran penonton bagi memeriahka­n pertanding­an serta mencapai matlamat penganjura­n.

“Tiket akan mula dijual selepas sambutan Aidilfitri. Kadar sebenar masih dalam perbincang­an namun saya jamin ia tidak terlalu mahal dan mampu bagi peminat sukan.

“Malah kami sudah menerima banyak tempahan dari luar negara,” katanya.

Pada masa sama Zolkples turut menjangkak­an lebih 70,000 penonton akan menyaksika­n acara pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 19 Ogos yang dijangka berlangsun­g dalam suasana gilang gemilang.

Sukan SEA ke-29 akan diadakan di 35 gelanggang dengan kebanyakan­nya di sekitar Lembah Klang membabitka­n 405 acara dalam 38

jenis sukan.

 ??  ?? SUKAN berlangsun­g di KLCC dikenakan tiket bagi mengawal kehadiran penonton kerana ruang terhad.
SUKAN berlangsun­g di KLCC dikenakan tiket bagi mengawal kehadiran penonton kerana ruang terhad.
 ??  ?? ZOLKPLES
ZOLKPLES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia