Harian Metro

Obor terangi puncak Kinabalu

Kumpulan 24 pendaki diketuai Khairy nyala obor KL2017 di puncak tertinggi Asia Tenggara

- Cleo Will hmkk@hmetro.com.my

Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara rasmi dinyalakan di puncak Gunung Kinabalu, di sini, pagi semalam.

Kumpulan 24 pendaki diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tiba di puncak tertinggi Asia Tenggara itu pada jam 6 pagi selepas memulakan pendakian dari Laban Rata.

Obor itu dibawa ke puncak Gunung Kinabalu sempena Larian Obor KL2017 peringkat Sabah menjelang penganjura­n Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Kuala Lumpur, Ogos ini.

Turut bersama kumpulan pendaki di puncak itu adalah maskot Sukan SEA ke-29, Rimau.

Selepas menamatkan pendakian, Khairy menyerahka­n obor itu kepada Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Masiung Banah di Timpohon Gate, kira-kira jam 3.20 petang.

Masiung kemudianny­a menyerahka­n obor itu kepada Ahli Parlimen Ranau,

Datuk Dr

Ewon Ebin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam di Kundasang pada jam 3.40 petang sebelum ia diarak dalam larian mengelilin­gi pekan itu.

Sementara itu, Joachim berkata, pemilihan daerah Ranau dan pekan Kundasang sebagai salah satu destinasi jelajah Obor KL2017 satu kebanggaan kepada penduduk kawasan itu.

Beliau berkata, ini disebabkan acara itu begitu signifikan kerana obor itu melambangk­an pembakar semangat harapan baru untuk masa depan yang lebih cerah.

“Sebagai wakil rakyat di sini kami mahu mengucapka­n jutaan terima kasih kerana Kundasang terpilih untuk salah satu destinasi Larian Obor KL2017. Rakyat di daerah ini tumpang berbangga juga sebab Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Sukan SEA 2017.

“Acara larian obor ke puncak Gunung Kinabalu sememangny­a sesuatu yang julung kali kami dapat saksikan. Selain sebagai pembakar semangat kesukanan, ini juga memberi makna lebih mendalam kepada warga di daerah ini,” katanya.

Sabah menjadi destinasi kelima Larian Obor KL2017 selepas Johor, Melaka, Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutua­n Labuan.

Obor itu seterusnya dibawa menjelajah sekitar Sabah sebelum diserahkan pula kepada Sarawak.

 ??  ?? KHAIRY menyalakan obor KL2017 bersama kumpulan pendaki di puncak Gunung Kinabalu.
KHAIRY menyalakan obor KL2017 bersama kumpulan pendaki di puncak Gunung Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia